Tuesday, October 19, 2010

Perpaduan; definisi yang sukar diterjemahkan secara realiti. Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan.

Pak Ungku Aziz


Artikel ini diolah bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2010 ( Setiap bulan Oktober)

Dibawah adalah huraian dari Pak Ungku Aziz yang telah disesuaikan/diolah bagi bacaan umum & merujuk kepada tajuk diatas.



Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas.

Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.

Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.

Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.

Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya.

Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.

Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju.

Pelaksanaan bahasa Melayu juga tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda.

Tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu.

Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini.

Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew.

Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya?

Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.




Keperluan sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?



Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu.

Reveals secrets to success | Pak Ungku Aziz

Ungku Abdul Aziz


NST /Feb 2009


What are Royal Professor Ungku Abdul Aziz's secrets to success? One of them is to read nine books.

This includes Harvey Diamond's Fit for Life, Not Fat for Life, Edward De Bono's Thinking Course, Tony Buzan's Mind Map, Head First and The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World by Wee Chow Hou and Lan Luh Luh.

Others are Jim Collins' Level 5 Leadership, Sun Tzu's Art of War, Nicollo Machiavelli's The Prince on the Art of Power and Leader's Window by J.D.W. Beck and N.M Yeager.

The 87-year-old voracious reader said the books provide an insight on how to be good and successful leaders.

Citing an example, he said Edward De Bono's Thinking Course promotes lateral thinking.

"The book teaches you to think differently," he said in his lecture "Quest For Success" as part of the Merdeka Award Lecture Series. He was a recipient of the award last year, in the education and community category.

Ungku Aziz said a good leader would have intelligence, credibility, humility, courage, and discipline.

He also said a good leader would be able to spot opportunities during crisis.

"Every crisis opens up opportunities," he said.

Later, when taking questions from the floor, Ungku Aziz said successful people were those who had resolve because their minds were strong and were resolute in reaching their goals.

"At the same time, humility is important, too.

"I'm happiest when I go to a kampung and people tell me `you macam itu universiti punya' (you look like the person from the university)," he said to laughter from the floor.



1. Fit For Life Not Fat For Life Harvey Diamond 2003
2. Thinking Course Edward de Bono 1982
3. The Mind Map Book Tony Buzan 1993
4. Head FirstTony Buzan 2000
5. The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business WorldWee Chow Hou & Lan Luh Luh 1988
6. The Art of War SunXi 1988
7. The Prince on the Art of Power Niccolo Machiavelli 1532
8. Leader’s Window J.D.W.Beck & N.M. Yeager 1994
9. Level 5 Leadership Jim Collins - HBR 2001

Sunday, October 17, 2010

Pendedahan Rahsia Besar PRU 13.


Akhirnya saya sudah berada di Kuala Lumpur...

Petang tadi saya menerima beberapa perkhabaran-perkhabaran berkaitan isu-isu semasa, lantas seterusnya saya menerima ilham untuk mengetengahkan tajuk diatas sebagai ulasan dari kesimpulan dari perkhabaran-perkhabaran yang saya terima.

PRU 13 akan datang adalah sesuatu yang 'mencabar & tercabar' sehingga memaksa kerajaan atau individu dalam kerajaan mewujudkan satu lagi jalan yang dikenali sebagai model politik baru. Pun begitu ianya masih diperingkat permulaan dan masing-masing kurang faham akan apa model yang akan diketengahkan nanti.

Disini saya berikan beberapa point dari pandangan saya mengenai pendedahan rahsia besar PRU 13:-

1. Pilihanraya umum akan datang ianya tidak boleh dikatakan perlawanan antara parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat semata-mata. Tetapi ianya adalah perlawanan antara orang Muda dan Orang lama/tua ( Yang berpaksi pada parti masing-masing).

- Orang muda hari ini terlalu mudah untuk mendapatkan apa-apa informasi khasnya dalam isu politik & perniagaan, dengan pendedahan dari media massa, kita dapati ramai rata-rata dari orang lama/tua mengamalkan salah laku samada yang nampak atau sebaliknya.

- Sudah pasti rata-rata orang muda yang bijak berfikir (tidak perlu ijazah atau pendidikan tertinggi; asalkan punya akal maka layak untuk berfikir) akan memberi peluang kepada calon-calon muda bagi mewarnai politik yang baru. Seterusnya pada masa-masa akan datang peluang-peluang perniagaan akan lebih kreatif. Dan secara langsung dasar-dasar kronisme itu akan diibaratkan seperti 'reborn'. Reborn/kelahiran semula dari Born/lahir adalah suatu kesan yang bersifat sementara tetapi hasilnya akan menguntungkan pihak tertentu. Dengan menghasilkan konsep 'reborn' ia pasti akan memberi peluang kepada pihak orang muda selepas ini untuk projek-projek atau keselesaan-keselesaan yang lebih besar.


2. Sudah pasti pihak-pihak atasan dari parti-parti yang sudah mengkaji hal ini perlu bersedia untuk merombak secara besar-besaran dengan meletakkan calon-calon muda sebagai tonggak bagi mewakili parti-parti masing-masing. Terdapat beberapa parti di Malaysia sedang berusaha ke arah itu, andai barisan muda ini ditampilkan pada PRU akan datang, saya fikir ianya sudah pasti memberi impak yang sangat besar dalam sejarah politik tanah air.

- Kenapa calon muda? Kerana ia sudah pasti lebih bersih dari calon tua. Calon tua lebih berpengalaman dan terbukti kemampuannya? Ya, tetapi sampai bila harus mengutamakan calon tua? Apakah tiada langsung kaliber dari pihak orang muda. Hak Kepimpinan adalah hak semua dan ianya bukan hak istimiewa milik peribadi. Bagi menjayakan proses ini; calon tua perlu memainkan peranan baru; sebagai penasihat kepada Calon Muda yang akan bertanding pada PRU. Fakta yang tepat adalah orang muda adalah antara pengundi terbesar dalam PRU.


3. Saya memuji tindakan Tun Dr Mahathir menerusi tindakannya suatu ketika dahulu dimana memberi laluan kepada orang lain bagi menerajui negara. Sebenarnya itulah satu contoh kepimpinan yang terhebat yang perlu dijadikan teras falsafah seseorang pemimpin. Kita walaupun dianggap hebat, tetapi jika sudah terlalu lama kita harus juga mengundurkan diri bagi memberi laluan pada orang muda.

- Tindakan Tun adalah suatu pengajaran supaya sesebuah kerajaan perlu 'reborn' menerusi cara kepimpinan baru. Dengan sekatan-sekatan yang dikenakan pada mahasiswa menerusi Auku sebagai contoh, ia memberikan satu lagi kesan yang mendalam pada mahasiswa yang mampu menilai akan erti demokrasi yang sebenar yang juga sudah mula layak sebagai pengundi.

-Oleh yang demikian mana-mana parti yang mengkhususkan untuk memberi 'ruang' kepada orang muda merupakan selangkah kejayaan untuk kemenangan besar pada PRU akan datang.Ini bukan suatu omongan, kerana orang muda hari ini sangat mudah mendapatkan informasi mengenai bakal-bakal pemimpin yang akan dipilih nanti. 'Ruang' yang dimaksudkan bukanlah dengan kemudahan atau intensif yang diberikan tetapi ia merangkumi semua aspek; sebagai contoh, memberi yuran percuma untuk belajar di peringkat tertinggi di IPTA tempatan.


Sekian.

Saturday, October 16, 2010

Menara Warisan (PNB)

Tindakan yang tidak menggunakan akal

Masih lagi di Perak...

Aku masih belum tau apa 'tujuan sebenar' aku ke negeri ini? Gilakah? Bukan ini caranya jika mahu buktikan sesuatu, buktilah dengan perkara-perkara yang lebih idealis seperti hal-hal ekonomi dan bermanfaat. Mereka-mereka tidak berfikir dengan jayanya, mereka-mereka ini berfikir dengan nafsu sial! atau fikiran mereka ini jauh melencong ke longkang.

Tindakan kemanusiaan yang gila akalnya yang tidak boleh berfikir akan tindakan dan kesannya tidak mampu menangani Sang Manusiawi berfikir. Jalan Manusiawi berfikir tidak tertakluk jalan buntu tetapi jalannya amat bebas sehingga digeruni Pencipta.

Manusiawi Berfikir adalah satu aset Pencipta yang jarang dicipta dan tercipta. Bicaranya penuh dengan fikiran yang tidak buta tetapi bermakna.Kala manusiawi berfikir ini bicara penuh dalam melebihi realistik fikiran semasa, melampaui fikiran dari luar biasa.

Manusiawi berfikir datang bukan untuk dipaksa, kerana bisanya bakal menggoncang sepertiga pergantungan bumi dalam laluannya. Janganlah berlaku seperti sialan-sialan yang jahil tanpa berfikir.

Jangan undang aku, andai tiada apa-apa manfaat pada aku. Jangan bicara soal silaturrahim andai ilmu silaturrahim itu pun masih belum benar-benar jaya dalam fahamannya. Manusia ini cukup bodoh dalam tindakan sehingga membuatkan pihak lain teraniaya. Nah Tuhan tugas Kamu sebagai Pelaksana.

Jangan perbodohkan aku didalam persekitaran ini... Minda aku tidak boleh berkembang dalam keadaan ini. Aku perlu bebas dalam kehidupan. Jangan jahil akan kehidupan andai kehidupan itu belum memastikan jalan yang selamat kerana bukanlah kita Tuhan...

Jangan karikaturkan aku dalam boneka persekitaran ini. Jahil Persekitaran Rosaklah Perhubungan.... Fikirlah Minda orang! Bengap !!!

Khowas

Sekarang baru sampai di Perak. Sedang dalam perjalanan tadi tiba tiba tayar kereta pancit terkena besi seperti paku. Wahh satu cabaran besar untuk aku menukar tayar. Ibarat seperti sedang bermandi tatkala menukar tayar belakang belah kanan.Habis tenaga mengerah kudrat untuk memulas stand sehinggalah membuka nat tayar. Pun begitu diucapkan terima kasih kepada seorang hamba Allah(yang ketika itu sedang memandu juga) telah memaklumkan akan tayar yang pancit.

Mujurlah tidak ada apa-apa masalah yang berat berlaku semasa tayar pancit. Seperti biasa juga tanganku dicuci dengan warna hitam sebagai lambang kudrat ku dikerah sungguh-sungguh. Memang mencabar serta memenatkan apatah lagi ketika itu waktu sekitar 1.00 a.m. Sampai sahaja ke destinasi barulah terlintas difikiranku tentang apa yang telah aku perkatakan sebelum memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur petang tadi.

Apa yang aku perkatakan adalah kiasan tentang apa yang berlaku tadi! Sungguh mengejutkan bukan? Apa yang aku katakan seperti sudah diberi petunjuk. Apa yang aku perkatakan? Berikut adalah apa yang diperkatakan:

*Semasa bersembang dengan seorang rakan.

"Petang nanti dalam perjalanan akan berlaku sesuatu, cuba lihat dikiri cermin dan di kanan tayar" sambil aku katakan kepada rakan(antara aku dan dia)

Dan kebetulan apa yang aku katakan benar-benar berlaku. Wahhh ini seperti boleh melihat masa depan!

Setelah itu aku berfikir lagi. Terlintas difikiran tentang guruku. Apa yang menarik tentang guru ku ialah sebelum akaun Facebook ku lumpuh; beliau telah menasihatkan aku supaya memperbetulkan diriku. Ya, memperbetulkan diriku. Setelah itu pada 30 September 2010 jam sekitar 10.00 p.m telah ditakdirkan akaun FB ku lumpuh dan tidak dapat dibuka sehingga sekarang walau telah dihantar beberapa laporan kepada pihak Facebook bagi mendapatkan/mengaktifkan akaun itu semula.

Ada ura-ura atau perkhabaran dari rakan-rakan terdekat bahawa saya kemungkinan dicemburui/di dengki oleh individu atau pihak tertentu diatas pencapaian saya dan juga kelantangan saya dalam beberapa isu negara & Melayu. Jadi mereka kurang senang dengan pendekatan yang saya lakukan. Pun begitu saya tidak gentar seandainya ia benar-benar berlaku. Terdetik di fikiran, kisah Adiputra yang suatu ketika dahulu memberikan idea kepada Sultan supaya diletakkan batang pisang sebagai benteng dari tusukan ikan todak.Akhirnya Si Adiputra dihukum bunuh dek kerana perasaan dengki oleh pembesar-pembesar.


Salam Berani Berubah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...