Friday, October 1, 2010

Pabila akaun Facebook ku lumpuh


Pabila akaun FB lumpuh...

Sekitar jam 10.00pm bertarikh 30 september 2010 ketika sedang cuba untuk mengeluarkan status terbaru; tiba-tiba akaun facebook ku seperti melatah. Melatahnya sehingga aku di 'sign out' secara automatik. Idea untuk aku suarakan melalui status juga terputus. Dan sangkaan aku pada awalnya ia mungkin disebabkan ralat dari facebook dan perlu untuk 'log in' semula ternyata tersasar dan lebih buruk dari itu.

Dimana akaun FB aku yang telah lama aku tatang sejak tahun 2008 telah dilupuskan begitu sahaja oleh pihak Facebook. Fikir hatiku "Apa sudah gilakah fb dengan ralatnya yang semakin menjadi-jadi sehingga akaun aku dilumpuhkan begitu sahaja". Lantas aku terus mengemukakan laporan rasmi menerusi saluran khidmat yang disediakan oleh pihak Facebook. Isu akaun aku di hijack tidak timbul, yang terlintas samada wujud pihak tertentu membuat sesuatu sehingga menyebabkan akaun aku lumpuh atau ianya disebabkan sistem dari facebook sendiri.

Dan sementara itu juga aku telah berhubung dengan rakan-rakan yang pernah mengalami situasi ini suatu ketika dahulu. Ya, suatu ketika dahulu perkara sebegini pernah terjadi pada ahli-ahli facebook sekitar tahun 2009. Betitik tolak dari itu, aku telah mendapatkan maklumat tambahan bagaimana untuk mendapatkan kembali akaun tersebut.

Aku meyakini bahawa akaun aku dilumpuhkan disebabkan oleh 'ralat terbesar' dari pihak facebook. Semoga akaun aku akan dapat dikembalikan seperti akaun rakanku yang pernah mengalaminya sebelum ini.

Selepas aku menghantar laporan rasmi kepada pihak facebook; Team facebook telah memberi maklum balas kepada emailku dan akan membuat semakan hal berkenaan.Aku juga telah menghantar email kepada disable@facebook.com(merujuk kepada email yang diberikan oleh rakan) sebagai alternatif bagi mendapatkan semula akaun. Dan pilihan terakhir sudah pastinya akan membuat akaun baru sekiranya perlu.

Tempoh bersabar adalah seminggu bermula dari tarikh hari ini ( Jumaat 1 Oktober 2010).



Sekian,
Syamsul Johari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...