Monday, September 27, 2010

Buat Bangsaku (Ukiran Bangsaku)

Buat Bangsaku (Ukiran Bangsaku)
(Syamsul Johari)


Andai ku bisa melukis dunia
kan ku lukis dengan kasih dan cinta
Andai ku bisa menjadi guru karomah
kan ku ajar setiap muridku apa itu dunia
dan jalan keselamatan antara hakiki & ukhrawi
Kan ku bina bangsa beragama yang punya nur jaya
pasti bangsa ini jadi ikutan ibarat laut yang cuba memenuhi bumi

Bangsaku kini dilupakan amanahnya,
bangsaku kini dimerdekakan jiwanya dengan kerakusan,
bangsaku semakin tumpul taringnya pabila gugurnya geraham
Bangsaku dilesukan jiwanya,dimusnahkan diri jatinya
Bangsaku dipecahkan kerana tidak mengenal Penciptanya
Bangsaku sudah berbangga kebijaksanaannya tetapi kosong qalbunya
Bangsaku menuju kedepan dan dalam diam menuju kebelakang


Berat tanggungan itu satu siksaan pengajaran
Sukar pabila kita tidak mengetahui jalan keluarnya
jadi hina pabila kita tiada kunci jalannya
Jadi galang jelepok pabila asa jadi sia-sia
Tinggallah seorang sehingga nisan menunggu masa
Seketika itu jua saudara menyapu darah;
darah pertalian, darah bangsa, bahkan darah seagama

Kita tidak akan jadi istimewa
kita tidak akan jadi ternama
Kita tidak akan jadi siapa-siapa
tanpa kita belajar dan bersama-sama seperti gelombang besar
seperti kumpulan ikan pelagik,
seperti satunya titik setiap tinta
sebagai orde ketuanan yang tidak lagi diperleceh walau seinci

Kelainan kita, kerana kita punya agama tauhid akhir zaman,
Jika benar terapannya akan besarlah pencapaiannya,
Akan musnahlah kekotoran yang menjangkiti
akan kembalilah keagungan
akan sampainya kemajuan melimpah
bertebaranlah dakwah tanda kegagahan rohani
Sedar & insaf tiada gunanya jika kita terus mendustai perjuangan jihad ini.

Wednesday, September 15, 2010

Rakyat Tidak Pernah Berlembut

Yang dinaik darjatnya bertukar jadi ketua,
Sudah menjadi lama-lamanya jadi gila,
Gila kuasa, perempuan dan gila harta,
Pabila rakyat menyampaikan kekusutan,
lantas sang ketua menenangkan,
Disebaliknya sang ketua itu halus memusnahkan,
tersipu-sipu rakyat yang memberi peranan,
sedang sang ketua bermandi kesenangan,
Rakyat kaku diperlakukan,
Melangkah dunia penamatan...

Tuesday, September 7, 2010

Janji Yang Mencipta

Malam Isnin ditanamkan nurani secara sedar,
sesuatu janji akan datang yang mungkin melanda diri,
Sedar bukan khayal, sedar bukan bermimpi tetapi fana dari jiwa...
Yang pasti nurani itu menyemarakkan seluruh pancaindera.

Andai mungkin kerana makbul bersama lailatul Qadar,
Dengan itulah petanda nurani diberi satu persatu,
Kuatnya janji itu seperti derasnya air dibumi,
Janji itu dianggap janji 'ainul yakin'

Sukarnya untuk menjelaskan ibarat menyelak halaman paling rahsia,
Yang pasti sesuatu akan berlaku pada 2011,
Dimana yang mustahil itu benar-benar berlaku,
Dan pasti menimbulkan rasa syukur akan nikmat itu.

Semoga janji itu sebenar-benar janji yang telah lama diperam,
andai masakan jadi enak dek kerana diperam,
maka begitulah juga dengan taqwa yang telah lama dikuatkan,
dan zahirlah sesuatu yang kian dilupakan akal.

Setelah 3 kali merasai 1000 bulan,
begitulah juga bayaran tuhan pada kekasihnya yang setia,
bukan untuk meminta-minta tetapi bertujuanlah ia,
Terus bersinar seperti matahari & permata...

Di nukilkan pada 7 September 2010 / 28 Ramadan 1431
Syamsul Johari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...