Saturday, October 31, 2009

Rakaman ucapan semasa pertemuan Syamsul Johari dan Dato Mukhriz

Rakaman video ini merupakan cetusan idea saya sendiri pada pertemuan antara saya dan Dato Mukhriz pada 22/10/2009 di Biba's Cafe Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.Secara langsung ia memberi satu mesej jelas & penting dalam membangunkan kebangkitan golongan muda.


video

Jasad Yang Bangkit

Sudah berminggu tidak menulis artikel, kini keinginan itu timbul balik dan bukan timbul kerana tidak timbul dalam membawa sebuah wacana pemikiran yang dibawa khas untuk bacaan umum.Prasarana pemikiran itu sendiri tiada penghujung,dan jika ada hujungnya biarlah setiap kita sendiri berfikir untuk menyediakan jalan pemikiran yang lebih baik untuk kesejahteraan pemikiran sejagat.

Dalam bacaan bacaan saya kadangkala saya juga tidak sependapat dalam cetusan-cetusan akademik yang terdahulu.Antaranya cetusan pemikiran Prof Diraja Ungku Aziz, dimana Pak Ungku dalam wawancara terdahulu ada menyebut seperti begini: "Sebabnya orang Melayu sendiri selepas Perang Dunia Kedua tidak jelas apa yang mereka mahu. Pada satu masa mereka mahukan pembangunan, pada masa lain mereka mahu yang lain pula."

Saya fikir, ada beberapa ketinggalan dari sudut kekuatan agama Islam itu sendiri yang tidak dipandang berat oleh Pak Ungku.Saya tidak perlu membicarakan asas Islam itu kerana saya yakini ramai sudah maklum dimana Islam mahukan kejayaan didunia dan akhirat.Apa yang saya lihat, Pak Ungku melihat dari sudut bangsa tetapi tidak memberatkan agama bangsa(merujuk melayu Malaysia yang beragama Islam).Adalah menjadi suatu lumrah apabila sesebuah negara samada selepas berlaku perang, selepas berlaku bencana maka rakyatnya akan lebih pergi kepada arah keperluan.

Keperluan ini merujuk perkara asas; makan minum,pakaian dan tempat tinggal, beragama.Dan dari keperluan itu nanti akan wujud evolusi ke arah kehendak.Apabila kehendak itu sudah bercambah maka satu penambahbaikan akan wujud dengan sendiri.Sebenarnya orang melayu jelas akan kemahuan mereka tetapi apabila kejayaan kecil mahupun besar tidak kelihatan orang akan menilai bahawa orang melayu itu tidak jelas kemahuan mereka.

Saya masih ingat guru saya mengkritik sejarah; dimana katanya tahukah kamu bahawa mengapa permainan tradisional itu diwujudkan?Ia antara lain untuk hiburan dan hiburan itu kadangkala melekakan dan seterusnya mengajar orang melayu bawahan itu tidak berminat akan politik suatu masa dahulu dan berada pada kotak kehidupan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Dan mengajar mereka menghasilkan gen dengki sesama melayu.Perkara ini juga langsung menyentuh maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”.

Lantas disini usaha mengalih pemikiran itu sudah diwujudkan sejak dari dulu, dan yang mengalih pemikiran itu sendiri adalah penglibatan orang-orang melayu yang elit atau tamak.Sebab itu saya pasti sebagai contoh DEB itu walaupun cantik dasarnya tetapi pengeluaran usahawan melayu sangat kurang kerana ada golongan yang cuba mengambil kesempatan tanpa memikirkan bangsa & agama dengan cuba menyapu bersih kesemuanya.Seterusnya dan hasilnya pengwujudan golongan peniaga melayu terus berada kekal ditempatnya.

Kita menyorot sekali lagi pemikiran Pak Ungku dimana beliau ada menyebut:

"Sejak 20 tahun lalu, bertambah hebat orang Melayu memikirkan tentang agama. Bagi mereka yang paling penting ialah kedudukan di akhirat. Ini menjadi masalah sebahagian besar orang Melayu. Ada yang menghantar anak-anak belajar ke Pakistan dan Afghanistan. Apabila mereka balik, mahu kerja apa? Bagaimana bangsa Melayu hendak maju melalui apa yang mereka dapat di sana?

Mereka ini percaya kalau hantar anak atau belajar di negara-negara berkenaan akan dapat banyak pahala. Sedangkan kalau di akhirat pun, bukan ada jaminan mereka akan masuk syurga.

Orang yang terbenam dalam masalah kemiskinan pula terpengaruh dengan golongan ini lalu mengabaikan nasib sendiri. Mereka kata ``kerana kemiskinan tidak dapat diatasi, lebih baik tumpukan kepada akhirat, dunia kita tinggalkan begitu saja.'' (wawancara tahun 2003)

Saya fikir adalah sesuatu yang baik apabila orang melayu sejak 20 tahun lalu atau kini sudah jadi hampir 26 tahun lalu memikirkan tentang agama.Kerana agama itu adalah sebagai tiang dan pengajaran yang lebih universal dan menjurus kepada semua cabang kehidupan dan ianya jaminan lengkap dari Allah swt untuk dunia mahu pun akhirat.Kita terus leka apabila melayu itu dikatakan penting akhirat tetapi kita terus sekonyong-konyong melihat melayu itu penting akhirat sedangkan Islam itu syumul dan menyeru akan kejayaan didunia dan akhirat.Pertikaian bangsa dan agama itu harus dilihat dengan pemikiran yang lebih realistik serta rohaniah.

Apabila Pak Ungku menyebut "mereka mahu kerja apa?" saya fikir sekali lagi mungkin juga harus dirujuk pada ayat ini 'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan'.(Surah al-Qasas : 77)

Ditambah juga dengan ayat ini "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (At Thalaq 2-3).Pandangan saya apabila Pak Ungku seolah 'bernasihat' sebegitu ianya menyangkal hal-hal berkaitan rezeki, walaupun niat baiknya untuk mengubah orang melayu dari berbagai sudut untuk kemajuan.Perkara ini penting sebagai maklum balas generasi hari ini memandangkan kekhuatiran apabila menganggap melayu akan tersepit pada agama.

Dalam wawancara itu juga disebut "kerana kemiskinan tidak dapat diatasi, lebih baik tumpukan kepada akhirat, dunia kita tinggalkan begitu saja.'' Saya memandang ianya satu tradisi pemikiran kolot dimana apakah kita menganggap Tuhan tidak menjalankan tugasnya?Kerana saya juga meyakini bahawa apabila kita berserah kepada-Nya secara langsung hikmah itu akan disajikan.Ianya bukan sebagai teori tetapi ianya suatu hakikat dimana keuntungan akan diberi oleh Tuhan.Dan seandainya dianggap bahawa ketika itu melayu mementingkan akhirat,sewajarnya maka biarlah tugas tuhan untuk menggunakan kuasanya bagi menyeragamkan golongan beriman itu untuk berjaya pada dunia dan akhirat.

Saya ingin juga meletakkan pemikiran Prof Syed Hussein Alatas bahawa beliau menjelaskan melayu itu bukan malas tetapi hanya perlu dilihat dari segi 'Usaha'.Jadi permainan kekeliruan tentang untuk maksimumkan kemajuan melayu tidak boleh menuding kearah agama sedangkan agama itu sendiri menyeru kepada kemajuan.Kejanggalan ini harus diperbetulkan supaya orang melihat beragama itu bukan masalah untuk maju ketahap yang lebih baik lagi.

Dalam bicara seterusnya; Pak Ungku menyebut "Tetapi ketika gelombang mengejar agama dan terlalu mementingkan akhirat ini semakin besar, orang Melayu masih lagi percaya kepada bomoh dan sebagainya. Hari ini boleh dibaca dalam akhbar bagaimana orang yang terpelajar, berpangkat tinggi atau berketurunan raja masih dipengaruhi oleh bomoh. Saya pandang... macam mana orang semacam ini, mereka tahu ini perkara syirik tetapi mereka buat juga."

Ada satu perkara yang saya rasakan Pak Ungku tertinggal, yakni tawakkal.Dan tawakkal itu adalah satu jalan usaha kearah kejayaan.Tetapi ada benarnya apabila kita menukar tawakkal itu kepada percaya yang lebih-lebih terhadap seseorang maka akan jatuh syirik.Bab syirik ini boleh terjadi dalam banyak perkara secara tidak sengaja mahupun sengaja.Jika kita anggap pemimpin itu mempunyai kuasa memberikan kekayaan(dengan mengharap) pun kita boleh anggap ianya syirik.

Oleh yang demikian, kekuatan melayu itu sebenarnya akan lebih kuat dengan beragama Islam.Hari ini banyak versi yang memperlecehkan dan mungkin dek kerana sukar melihat perkara-perkara yang mungkin tidak dapat diterima akal(sebagai peringatan juga bahawa kita merupakan Hamba kepada Pencipta); rezeki sebagai contoh.Seterusnya kita harus menggunakan pemikiran untuk berfikir bagi mengadaptasi nikmat-nikmat tuhan itu.


Sekian,

Syamsul Johari

Friday, October 30, 2009

UMNO BERUBAH; Satu kesilapan?

Terasa agak lama juga saya tidak menulis sebuah artikel. Dan hari ini saya kembali menulis; mungkin dek kerana ada kelapangan dan masa santai. Dengan isu politik semasa hari ini, mengenai pindaan perlembagaan UMNO, terdetik untuk saya memberi perspektif berlainan khasnya dari kaca mata golongan muda.

Terdapat satu fahaman atau persepsi yang salah apabila dikatakan Pindaan Perlembagaan UMNO; makanya UMNO bersedia berubah. Ianya memberi suatu justifikasi bahawa selama ini Parti UMNO yang salah dan bukan ahlinya yang salah(yang memang sudah salah kerana salah melalui tindakan yang dikenakan atau yang masih terlepas dan sedang menyorok dicelah-celah) dalam membawa kelangsungan kepimpinan negara.

Satu lagi persepsi yang sengaja dimasukkan ialah dimana dengan sengaja atau tidak sengaja mengatakan bahawa UMNO itu Sakit, sedangkan pesakit sebenarnya ialah ahli UMNO itu sendiri.Ternyata pendedahan ini tidak sama dengan pandangan umum yang lain, kerana sifatnya tulus dan tidak berkepentingan.

Apabila berkata tentang perubahan ini, saya lebih ingin mengupaskan janji-janji terdahulu. Dan dulunya jika umum mengetahui bahawa UMNO telah mengeluarkan slogan "Transformasi UMNO" dan ketika itu ramai ahli-ahli bangkit dan menyimpulkan kesimpulan tersendiri mengenai slogan itu.Pun begitu slogan yang tidak ubah kepada perubahan itu tidak nampak perubahan yang ketara, dimana rakyat masih mendahului melalui penghakimannya menerusi pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku.

Jelas disini, bahawa janji perubahan itu sekadar kata tetapi kurang perlaksanaannya. Boleh juga saya ibaratkan bahawa ianya sebuah polemik cakap besar dan seolah-olah bancuhan air kopi yang tiada nikmatnya. Kemudiannya isu Transformasi UMNO itu menutup tirainya dan diganti dengan agenda-agenda lain. Buat yang tercengang akan terus tercengang dan seterusnya isu tersebut ibarat layang-layang yang putus talinya.

Tetapi hari ini isu yang sama tetapi berbeza pendekatan muncul lagi. Atas slogan yang boleh dikatakan automatik di minda pemikiran ahli UMNO ialah UMNO MAHU BERUBAH dan pindaaan perlembagaan menjadi sasaran; yang dikatakan antara obat mujarab untuk pendemokrasian yang lebih terpelihara untuk ahli dan langsung memberi nafas baru untuk memujuk pikat rakyat bahawa kesediaan UMNO MAHU Berubah.

Tetapi persoalannya Perubahan UMNO untuk masa ini sebenarnya tidak perlu, yang wajib perlu ialah perubahan untuk mendidik ahlinya, mencorakkan ahlinya, meniupkan semangat pada ahlinya dan itu adalah asas penting bagi menyelamatkan sesebuah organisasi. Sedangkan apabila membuat perobahan UMNO itu ianya lebih bersifat keseluruhan tetapi tidaklah menyeluruh.Berbeza dengan pendekatan membaik pulih setiap ahli UMNO, ianya lebih kepada suatu tindakan terpuji.

Kepimpinan Tun Abd Razak sebagai contoh, pendekatan berbudi dengan tanah dan seterusnya memberi kesenangan pada generasi kini dan seterusnya adalah satu contoh pengorbanan yang seharusnya ditimba oleh ahli-ahli UMNO.Jadi jika ambil mudahnya perubahan yang dilakukan kepimpinan itu adalah menerusi kekuatan rakyat yang bersedia untuk berhijrah ke kawasan hutan yang ingin dibuka menerusi FELDA. Disini kita dapat lihat ahlinya yang harus diubah dan bukan organisasinya.

Organisasi boleh diubah apabila ahlinya sudah kuat, kuat dengan iltizam, kuat dengan sifat murni, tidak rasuah, kuat untuk membantu agama bangsa dan negara. Dan ketika itulah baharulah sesuai untuk dilakukan perobahan kerana ahli-ahlinya sudah bersatu berganding bahu.

Saya berikan contoh lain pula, dimana ketika UMNO berada pada kekuatan yang stabil dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.Kemudian diserahkan kepada Tun Abdullah. Dibawah kekuatan yang dibina Tun Dr Mahathir ketika itu, organisasi UMNO dibawah teraju Tun Abdullah boleh membuat perubahan TETAPI ada padahnya, ada tulahnya apabila dilakukan perubahan tidak kena gayanya. Dan tidak kena gayanya itu meleret hingga ke hari ini dan terkial-kial mencari pengasah kaliber untuk mengasah pisau yang semakin tumpul dihati rakyat.

Dengan kata lain perubahan yang sebaiknya pada UMNO adalah membaik pulih semangat ahlinya, mencorakkan ahlinya semula dengan kekuatan dan ilmu.Dan ingin ditegaskan saya sesekali tidak menggunakan teori pendulum kerana ia hanya memberikan dua pilihan sedangkan untuk pembaharuan atau reform banyak pilihan boleh diaplikasikan bersesuaian dengan permasalahan. Dan teori pendulum tidak rasional dan hanya untuk suka hati bagi menyedapkan hati bagi mengatasi perasaan terdesak.

Yang pastinya perubahan itu bagus tetapi kita harus jalani atas perubahan pada ahlinya terlebih dahulu. Saya merasakan kelemahan orang hari ini adalah mereka mahu cara segera seperti mee segera, dan ingin melihat perubahan sekelip mata; itu tidak boleh memandangkan perubahan adalah suatu kaedah tarbiah dan pengisian secara berterusan bagi membaik pulih semangat asal perjuangan kepada setiap ahli.

Kita tidak boleh bercakap sedap semata-mata atau cakap sahaja seperti isu Transformasi UMNO, UMNO BERUBAH, ianya adalah sebuah perkataan sedap dibaca sahaja walaupun orang mendengar hari-hari sehingga menjadikannya sebuah slogan. Kesannya tidak; kerana slogan itu tidak melatih minda berfikir. Saya juga percaya mereka yang telan slogan terlalu banyak akan menjadikan pemikiran mereka buntu suatu hari nanti.

Saya sudahi dengan kalamullah:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”(Surah Ali Imran ayat 139)

Sekian,
SJJ

Belajar dengan laut...

"Itu laut..."(Sambil Sang Guru menunjukkan jari telunjuk). Akal muda seakan belum mencapai maksud sang guru itu. Lantas ditanya untuk apa ke laut; menjadi nelayan? Berenang, bermandi manda? bersuka ria? atau maksud lain?(Fikiran melayang-layang akan keseronokan)

Sang guru diam, sambil mengukir senyuman. Sorotan mata Sang guru masih tetap melihat laut. Kemudian sang guru mula berkata..Dan katanya pula tidak berjela, hanya tiga patah perkataan. "Belajar dengan laut..." itulah kata keramat yang ditinggalkan untuk dihayati, dipelajari, diterokai, diolah, diterjemah sendirian melalui liku-liku perjalanan kehidupan.

Pencarian mula dilakukan berterusan, langsung menguatkan juntrungan diri.Cari dan gali serta nikmati falsafah sang guru perlahan-lahan. Masih segar diingatan antara nasihatnya; "Amalan itu ibarat menabung, kita bukan menabung duit sahaja yah... Tapi harus menabung amal.Berdikit-dikit dahulu kemudian jadilah besar amalannya.Insyaallah"

Belajar dengan laut...Belajar dengan laut...Belajar dengan laut, menjadi satu wadah persoalan dan jawapan yang sering-sering dikemaskini. Dan jawapan tidaklah datang seperti air yang mengalir, walau ia datang sepatah ia tetap dianggap jawapan. Dan jawapan bukanlah satu noktah kerana jawapan kadang datang tanpa duga, ia sekelip mata dan tiba-tiba. Jawapan tidak selalunya diukur dengan wang ringgit ia diukur dengan keselesaan manusia dengan jawapan itu dan bermanfaat.

Pandang dan lihat politik pula terkesan dengan istilah belajar dengan laut ini. Di medan politik sudah pasti ada 2 kuasa; iaitu kuasa yang lemah dan kuasa yang kuat. Istilah orang laut beri gelar ianya 'pasang surut air laut'. Yang berkudrat, punya pengalaman maka banyaklah rezeki untuk dibawa balik ke darat. Jelas pula jika dibawa kearah politik; pemimpin yang bertenaga, punya pengalaman akan membawa keyakinan dan penghormatan rakyat ‘balik berperingkat’ pada diri pemimpin itu sendiri.

Terkadang melihat kapal nelayan itu usang tetapi tidak pada warganya. Kuat membanting tulang empat kerat campur akal dan kerjasama. Rezeki dibahagi samarata antara mereka yang terlibat. Tetapi perkara ini jarang berlaku dipentas politik dan suasana hari ini.Terlalu banyak pecahan, culas, dan masalah, ianya seperti gelombang ombak yang tidak pernah tenang.

Laut… Suatu masa dahulu sekitar awal 90an ada diantara kita gembira dan seronok apabila mahu ke laut apatah lagi bila disebutkan; contohnya mahu ke Port Dickson atau PD. Dapat beriadah, menikmati keindahan alam.Tetapi awas! Laut juga boleh meragut. Laut tidak mengenal istilah kufu…Andai kamu lalai kamu korban, andai kamu bijak kamu bebas. Beza laut dan manusia ialah AKAL. Tetapi jarang pula manusia menggunakan akal, mereka melebihkan keseronokan, tamak dan jarang berhati-hati sehingga nyawa jadi taruhan,gadaian.

Perihal filosofi belajar dengan laut atas kaca mata politik, memberi sinonim dengan firman ini :
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Al Room ayat 41)

Ternyata ianya memberi kebenaran tentang perlunya kita belajar dengan laut dalam aspek yang lebih luas. Sebagai contoh, laut itu dalam; kehidupan di dalam itu jarang orang mengetahui.Sungguh dalam, namun dalam itu tidak sama dalamnya pemikiran politikus hari ini. Masing-masing mencari ‘mutiara’ sendiri, masing-masing mengaku mereka punya kebenaran seperti ‘sudah dapat menangkap ikan duyung( manusia perempuan bersisik ikan)’.

Jika kita kaji warna laut hari ini pun banyak berubah, tidak sejernih dahulu. Dulu nampak banyak biru disemua tempat.Kini, coklat dan biru mewarnai laut. Ianya seolah-olah melambangkan hati politikus hari ini; ada yang busuk, ada yang dengki, ada yang angkuh, ada yang menjatuh, ada yang mengusik, ada yang jujur, ada yang amanah, ada yang penting diri, ada yang kotor dan lain-lain lagi. Kesedaran politikus mahupun pemimpin sangatlah payah dan sementara kadangkala, ini kerana ego atau tidak dapat menerima hakikat, sedangkan yang menaik atau mencemarkan mereka adalah dari perbuatan mereka sendiri.

Laut… laut itu ada hasil, ada rezeki yang boleh dicari.Laut ada benda yang berharga ada sumber makanan, sumber petroleum, sumber estetika. Ianya langsung menjana pendapatan negara. Hasilnya dahulu memberi kebajikan menyeluruh pada rakyat, tetapi hari ini lain pula jadinya. Bilamana rakyat pula di tawan hasil sedangkan lumrah alam manusia menguasai hasil. Ini mungkin faktor yang dijelaskan pada awal tadi iaitu laut dan manusia, bezanya manusia itu BerAKAL.

Laut mengajar manusia itu berdisiplin, penuh pantang larangnya. Sebagai contoh musim tengkujuh, adalah satu kegilaan jika mahu mencari rezeki ditengah lautan. Sama juga jika dilihat pada politik, politikus atau pemimpin itu harus ada disiplin, perlu prihatin pantang larang seperti jangan rasuah; tetapi masih juga ada yang rasuah. Dan musim rakyat merajuk memberi satu penangan terajang atau penyepak yang sakti, sehingga tidak pernah wujud istilah pemimpin merajuk dengan rakyat malah menjadi sesuatu yang resah pada pemimpin yang jujur untuk membuat yang terbaik pada kepimpinannya untuk rakyat.

Ombak besar pula adalah sesuatu yang boleh kita hayati, dimana dikala ombak yang kecil datang kita masih boleh menawannya.Tetapi jika ombak besar, katakan ketinggian ombak luar biasa seperti ketinggian bangunan klcc adakah mampu untuk kita tersenyum? Saya fikir ramai yang akan cabut lari dahulu dan mencari tempat yang paling selamat. Soalnya hari ini masih ramai politikus tidak sedar bahawa merekalah sendiri yang membuat ‘bencana’ itu. Mereka sendirilah seolah-olah menjadikan ombak kecil sebagai kawan dan mereka jugalah (oleh kerana) tidak hati-hati makanya membuatkan ombak besar itu cuba memakan mereka sendiri.

Saya masih ingat kata seorang sahabat, bahawa lemas didalam laut adalah satu tempoh sakarulmaut yang amat menyeksakan; dan begitulah juga dengan suasana politik hari ini yang seolah-olah cuba melemaskan diri dek kerana perbuatan politikus itu sendiri.Ianya bukan sesuatu yang bodoh apabila ‘melemaskan diri’ kerana perbuatan mereka sendiri tetapi sebelumnya; iaitu sifat tamak, mahu kaut lebih itulah tindakan yang menyebabkan mereka ini jatuh tersungkur ke pintu-pintu kebodohan walhal mereka punya pendidikan tinggi dan membanggakan tapi hilang integriti.

Percaya atau tidak, andai badang tsunami melanda negara yang cabut lari dahulu adalah golongan atasan (sebahagian mungkin) jika melihat sejarah pun akan persis sebegini.Yang tinggal hanyalah golongan sederhana dan bawahan. Pelik juga golongan yang dulunya hero mahupun heroin tiba-tiba berubah hati, dari hati yang besar kepada hati seperti daun semalu; hati yang kucup.

Saya tertarik dengan 2 hadis ini yang menyebut;
Pertama: “Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” (HR Abu Dawud)
Kedua: “Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi s.a.w bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud)

Kesimpulannya, BELAJAR DENGAN LAUT tidaklah berhenti disini…ianya cukup luas untuk kita ambil sebagai pengajaran. Yang dikupas hanyalah sedikit, biarlah yang besar itu dikupas sendiri oleh pemimpin, politikus dan rakyat. Ingat andai belajar dengan laut kita tidak akan rugi kerana laut punya ilmu, manusia punya akal. Pun begitu akal harus seiring dengan penasihatnya iaitu Alquran dan hadis. Saya percaya apabila fitrah manusia di manusiakan tanpa fitrah alquran dan hadith maka ianya tidak cocok dan hanya cocok apabila fitrah itu dihalakan pada tempat asalnya.

Saya sudahi dengan :
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”(Surah Ali Imran ayat 139)

Sekian,
SJJ

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran menerajui episod kali ini dengan melangkau ke arah kepimpinan dalam renung-renung orang muda.Hari ini banyak episod tuduh menuduh antara satu sama lain agar dengan demikian satu publisiti atau kaedah meyakinkan ahli mahupun rakyat dapat dinafaskan semula.

Kaedah tuduh menuduh ini mengingatkan zaman persekolahan tahun sekitar pertengahan 90an yang mana ketika itu jika disekolah jika seorang murid mengetahui nama bapa atau ibu seorang murid lagi; maka akan menjadi satu bonus ketika konflik berlaku antara mereka(boleh digunakan untuk diejek).

Ianya ditambah lagi dengan unsur kreatif pada murid itu dengan mempelbagaikan nama bapa yang ingin di ejek dengan penuh kiasan.Sebagai contoh jika nama bapanya Hashim makanya murid itu cuba mengejek nama murid berbinkan Hashim itu dengan 'bersin' dan idea-idea kreatif lain.

Unsur seumpama ini sebenarnya sedang berlaku dalam politik tanah air.Isu menuduh pengkhianat itu pengkhianat ini berbagai dengan penuh gaya kreatif agar mendapat sambutan dan selalunya berakhir dengan perang mulut.Jika dizaman persekolahan ianya berakhir dengan pergaduhan, kemudian seorang Guru atau Guru Disiplin akan masuk campur untuk mendenda dan seterusnya cuba untuk mendamaikan murid yang sedang berkonflik itu.

Persoalannya apakah orang tua mahu mengikut langkah 'persekolahan' dalam menyelesaikan sesuatu isu dan dalam keadaan yang penuh mendesak menyebabkan banyak hembusan suara mengata-ngatai dilahirkan untuk menjaga kepentingan politik masing-masing?

Apakah ini yang mahu ditonjolkan kepada muda-mudi?Atau sudah mula pemimpin hari ini hilang ilmu kepimpinan dan hanya bergantung kepada pengalaman semata-mata.Apabila berlaku konflik berterusan ianya akan mengganggu gugat pembangunan dari segi insfrastruktur dan sosial.

Isu yang melanda seolah-olah orang tua perlu mendapat nasihat dari orang muda atau sudah berlaku 'terbaliknya dunia' dalam zaman ini yang penuh pancaroba.Pemimpin mengatakan itu dan ini seperti banjaran emas tetapi yang mendapat manfaat besar pula adalah golongan terpilih,rakyat pula hanya mendapat manfaat kecil.

Ideologi yang bakal melanda di Permatang Pasir(sebagai contoh) tidak ubah seperti peribahasa yang dipilih; "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Dimana pemimpin sedang rakus mengejar keyakinan,tetapi dalam masa yang sama menghakis keyakinan rakyat.

Perbualan kepimpinan hari ini sangatlah diluar keterbatasan minda.Jika dahulu andai mukanya bersih makanya rakyat berbesar hati menjadi marhaennya.Tetapi hari ini jika pemimpin muka bersih belum memastikan pemimpin itu bersih dan belum tentu rakyat berbesar hati tentang kepimpinan pemimpin itu.

Zaman sudah berubah, zaman meiji adalah satu contoh kompilasi terbaik untuk dijadikan panduan dalam menstrukturkan kepimpinan.Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan” haruslah dicambahkan mengikut resipi dan situasi negara hari ini.

Sejarah pemerintahan meiji diterajui oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur sekitar15 tahun; di lantik selepas kejatuhan sistem pemerintahan Shogun Tokugawa. Atas semangat reform atau 'semangat jepun baru', pencapaian muncul dengan penuh drastik menerusi bahagian penting :

1. Penghapusan sistem feudalisme

2. Pemodenan angkatan tentera darat & laut

3. Komunikasi & perhubungan

4. Pendidikan

5. Undang-undang

6. Kesusasteraan

7. Ideologi & agama

8. Ekonomi

9. Perindustrian

10. Dasar kewangan & percukaian

11. Politik

12. Media

13. Kebudayaan

Jadi ternyata kaedah Meiji ini menjanjikan suatu perubahan sekiranya diaplikasikan kepada kepimpinan negara.Memang benar mungkin sudah wujud bahagian penting diatas dalam kepimpinan negara cumanya yang masih kurang adalah idealisme orang muda dalam memperbaiki kepimpinan kearah pemantapan semula.Kita bukan harus bangkit tetapi sudah tiba masanya pemimpin segelintir harus berfikir cara mereka berpolitik yang tidak ubah seperti budak sekolah.

Ingatlah jangan berjalan ke arah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran...

Sekian SJJ

Pemimpin yang bijak harus mencerdikkan ahlinya

Pemimpin yang bijak harus mencerdikkan ahlinya,
Jika kita membelek sirah nabi akan dapat kita lihat bahawa nabi junjungan kita dalam tanggungjawabnya memimpin, baginda secara langsung mencerdikkan saf-saf kepimpinannya dan seterusnya menjadi contoh kepada jelata dan seterusnya pada umatnya.

Apa yang dapat dilihat hari ini, konsep ini jarang diguna pakai pemimpin kepada ahlinya.Jika merujuk kepada UMNO yang berusia lebih 60tahun sepatutnya parti ini sudah maju dalam memajukan ahlinya menerusi program pendidikan dalam pakej seperti diploma,ijazah,master,dan ke peringkat yang tertinggi lagi.

Program yang berlegar pada UMNO hari ini hanyalah seperti program berbentuk motivasi, forum, mesyuarat dan sebagainya itu belum cukup untuk mencerdikkan ahlinya.

Pentingnya UMNO dalam survivalnya hari ini ialah meneruskan perjuangan dengan corak yang lebih pelbagai; dan mewujudkan satu institut adalah antara cara terbaik dalam meneruskan perjuangan asal UMNO yang kini semakin 'huru-hara' dengan permasalahan dari ahli dan bekas ahli mahupun lawannya.

Institut UMNO jika diwujudkan ianya secara langsung dapat melahirkan pemimpin pelapis serta dapat menyemai perjuangan asal UMNO.Menerusi institut ini juga garapan pemimpin-pemimpin dapat diolah dan dikemaskini dengan sempurna.

Dengan mencerdikkan ahli menerusi sebuah institut yang seandainya diwujudkan oleh UMNO secara langsung menampakkan kesediaan UMNO untuk membersihkan imej ahli-ahli dari segi moral,rasuah kepada ahli yang cerdik dan bijak serta berpengetahuan.

Dengan pengwujudan institut sebegini, ahli UMNO bukan sahaja dijana dengan ilmu malah dapat menyemarakkan kekuatan UMNO dengan lebih kuat.UMNO mempunyai keahlian yang banyak jadi apalah salah sekiranya pemimpin berbudi kepada ahlinya dan ini dapat memberi suatu kesedaran dan perjuangan sebenar dapat diperkasakan dengan lebih mantap dan berkesan.

Hari ini sebagai contoh ahli-ahli UMNO seolah terikut-ikut cara pihak lawan dalam bertindak balas tentang sesuatu isu.Ternyata sedikit sebanyak walaupun punya pengalaman; ianya juga harus diisi dengan ilmu maka baharulah ianya lebih bermakna dalam isi perjuangan yang mahu ditonjolkan kepada rakyat.

Kesimpulannya pemimpin dan saf-saf kepimpinan dalam UMNO harus segera mengemaskini perjuangan dan membentuk perjuangan menerusi medan keilmuan pendidikan agar ahlinya suatu hari nanti lebih baik dan mempunyai asuhan politik yang betul dan benar.

Sekian,
SJJ

1 : 0.01% dari 27 juta rakyat

Salam sejahtera,

Perkataan mesej dan mesej dan mesej timbul dibenak fikiran apabila jawapan dari seseorang yang merasakan dirinya mengetahui semua.Wow..sungguh hebat tetapi ianya langsung tidak memberi suatu kudrat keyakinan.Ibaratnya seperti melepaskan hujah ditangga.

Persoalan itu kemudiannya dilakukan kajian menyeluruh. MESEJ, kita lihat apa kebenaran disebalik yang diperkatakan.Benar katanya Mesej,tetapi TIPU dan Palsu apabila ia dilaksanakan, mesej belum tentu sampai dengan jayanya.

Mesej yang diperkatakan hanyalah hangat tahi ayam.Sudahlah seolah menolak eksperimentasi berjaya orang-orang terdahulu,tetapi dalam nada lain katanya menyokong perjuangan melayu.Aduhai, gaya seperti berubah-ubah ini kadangkala mungkin terikut cara parti lain.

Kita berbalik dengan apa yang dikatakan " 1 : 0.01% dari 27 juta rakyat" ianya adalah kaedah mesej yang benar dan praktikal dari mesej yang diperkatakan oleh sipulan itu.Kaedah ini ialah dengan menggunakan 1 orang penulis untuk mempengaruhi sekurang-kurangnya 2700 rakyat.

Apabila seseorang memperlekehkan cara lama(cara lama tetapi dikemaskini) ianya simbolik menderhaka kepada cara orang lama melayu menuntut kemerdekaan.Cara lama itu ialah melalui penulisan tidak kira samada secara virtual atau realiti, ia tetap lebih praktikal.

Secara pengamatan saya apabila seseorang itu mengatakan mesej, kita lihat pula apakah mesej yang pernah disampaikan dan kejayaan mesej itu sendiri pada rakyat?Jawapannya tidak sepenuhnya berjaya.Tawa dalam hati saya sangat sinis untuk menjaga air muka sesama manusia itu.

Saya meyakini untuk mempengaruhi rakyat secara menyeluruh itu ialah dengan penulisan yang jujur dan idealis.Sebab itu pentingnya seorang pemimpin itu menghasilkan buah kalamnya melalui buku.Ianya bukanlah sesuatu yang ketinggalam zaman,andai ada manusia berfikir bahawa ianya ketinggalan zaman maka ternyata beliau tidak tahu akan sejarah bangsa.

Ketika melihat susur galur kata orang yang menidakkan buku itu sebagai karya agung pemimpin yang terusnya nanti bersifat buah-buah ilmu; dalam hati kecil ini sangatlah bermonolog tentang apakah sangat terdesaknya ummah itu bilamana hanya mengikuti sesuatu yang dikatakan lebih mengikuti perkembangan media barunya itu.

Inilah yang dikatakan kekurangan dalam mengadaptasi buah fikiran orang muda oleh pemimpin hari ini.Mereka merasakan kerana mereka pemimpin,makanya kata-katanya seolah lebih maksum 'tingkat 2'.Jika beginilah yang diguna pakai makanya mesej yang 'diagungkan mesej' itu tidak akan kemana.

Sebab itu canang-canang idea itu harus bersifat terbuka, tetapi apabila seseorang itu merasakan apa yang telah dilakukan sudah cukup bagus makanya ia bukanlah satu jawapan yang bernas mutlak.Buta atau siapakah yang buta sebenarnya dalam mendeteksi keyakinan rakyat yang semakin tidak tentu arah ini, seperti saham yang turun naik.Percayalah kekuatan itu bukan diukur kerana MESEJ tetapi diukur dengan KESUNGGUHAN.

Sekian,
S.J

Dari angkasa turun pula ke 1Malaysia (BUMI)

Helaian maya diselak-selak kerana dalam mimpi semalam teringat Sang Pemimpin pernah berkata tentang mengangkasa bangsa(Space nation)..

Hari ini dari angkasa yang jauh perginya pandangan itu terpaksa kembali ke tanah pertiwi..yakni dengan konsep 1Malaysia.Ternyata pergi ke angkasa hanya membantutkan pembangunan rakyat dan negara walaupun pandangan itu jauh kedepan.

Memetik dari tinta media menyebut:
{{Bertarikh 6/11/2007
Kejayaan yang dicapai orang Melayu perlu ditingkatkan ke tahap lebih tinggi dan melampaui pencapaian biasa bagi membina tamadun yang boleh disifatkan sebagai bangsa angkasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya lagi:
“Bangsa angkasa atau space nation adalah bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi.

“Bangsa angkasa mempunyai tamadun yang hebat. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan.

“Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsep Mengangkasa Tamadun Bangsa, Najib berkata, istilah ‘mengangkasa’ yang dimaksudkan ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan, impian dan cita-cita.

“Ia boleh juga bermakna menggemilangkan atau memartabatkan sesuatu daripada yang sudah ada kini ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia bukan sekadar terbang ke angkasa atau naik ke langit, tetapi melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada suatu masa nanti,” jelasnya.
Bertarikh 6/11/2007 }}

Hari ini ternyata pandangan itu selepas mengembara dari cerapan angkasa telah kembali semula ketanah air kerana kurang kesannya.Orang-orang tak sanggup berfikiran ke angkasa kerana belum cukup kuat untuk kearah itu.

Nyata sekali konsep itu terkedepan dan ditambah kemerosotan undi dari rakyat membawa Pemimpin itu pulang dari angkasa untuk menyelamatkan bangsa dari melakar imaginasi tersendiri.

Malangnya juga tiada pun pemimpin dikalangan dalam pimpinan itu membawa konsep ini untuk diluahkan idea-idea bernas untuk dikemaskini supaya tampak relevan.

Ohh Angkasa...ku ganti mu dengan 1Malaysia tanda aku pulang dari angkasa dan sudah sampai ke bumi semula.

Sekian,

S.J

Penulis itu PEJUANG

Dalam menyingkapi kelangsungan sesebuah negara yang maju itu sastera atau penulisan itu wujud dalam membantu mendidik anak bangsa mengenal asal usul dan antara lain menyemarak semangat bangsa untuk bersatu dan bersatu dan kekal bersatu sehingga melahirkan semangat patriotisme yang bukan calang-calang bahkan menjadi satu momentum yang jarang diperoleh orang luar.

Mengambil contoh sasterawan Tongkat Warrant atau nama pena lainnya seperti Adi Jaya adalah suatu eksperimentasi yang berjaya, dimana menerusi tulisannya ia mampu membantu menyedarkan bangsanya dan sangatlah menusuk-nusuk bagi yang menghayati kekuatan tulisannya.

Ternyata dengan bantuan penulis-penulis sesebuah negara itu dapat menjadi maju,rakyat pula dapat mencapai penyatuan walaupun tidak menyeluruh.Penghayatan dan ketelusan dalam menulis itu kadangkala meresap rasuk terus kepada pembacanya dan terus mengikutinya.

Tidak hairanlah kebanyakan pemimpin kebanyakannya menggunakan kaedah menghasilkan penulisan mereka sendiri untuk menyampaikan apa yang dirasakan perlu untuk persekitarannya.Hasil dari itu umum akan maklum apakah visi yang mahu diketengahkan,dan apa yang mahu diberikan pada rakyat atau servis perkhidmatannya pada rakyat.

Tetapi hari ini kuasa penulisan itu dipandang ringan oleh banyak pihak, sedangkan penulisan itulah dahulu yang memberi bantu menyemai bait-bait kemerdekaan sehingga ianya langsung zahir.Ianya juga memberi satu kesedaran yang amat kerana dari tinta itu timbul perasaan "aku mahu bangsaku merdeka"

Hari ini yang sangat peliknya juga walaupun sudah memasuki zon media baru,tetapi jarang ada mata pemimpin atasan itu untuk mewujudkan media baru yang digolongi oleh orang-orang penulis yang kaliber kerana dari situlah akan memberi satu paradigma baru seperti mana eksperimentasi yang telah berjaya membawa tanah melayu itu merdeka dan diberi nama Malaysia.

Yang muncul dalam media baru itu adalah watak budak-budak dan bersifat menonjol seperti kelaparan mahu meraih simpati.Dan ianya kadang pula dilihat seperti terikut cara pihak disebelah dalam menyampaikan 'dakwah' kepada rakyat.

Apakah langsung beri tanggapan bahawa kita ini tandus kerak akan idea-idea baru? atau masih teragak-agak dalam memahami apa yang diperjuangkan sehingga kadangkala muka kita yang dulunya dianggap mulia kini nampak seolah-olah kurang serinya kerana kita bertindak matang; tetapi matang itu pula seperti turun menjadi pihak yang sebelah.Pendek tuturnya ialah andai pihak sebelah guna makian makanya kita pula ikut dan cuba manipulasinya walaupun belum tentu orang mahu menerimanya.

Jika beginilah caranya,andai orang-orang dahulu diberi nyawa kedunia ini semula makanya sudah pasti mereka akan sangat marah...marah kerana mereka perjuang matian untuk negara dan parti tetapi parti itu sudah ternama yang kurangnya pula ialah ahlinya yang cuba menunjuk-nunjuk seperti ada taringnya tetapi sebenarnya hanya omongan ciptaan.

Oleh yang demikian nampak jelas disini perlunya diwujudkan satu pasukan penulis yang kaliber untuk menyemai jiwa-jiwa anak bangsa itu bersatu dan menepis-nepis perpecahan.Tidak perlu terlalu agungkan media baru jika tiadanya disertai penulis yang kaliber ianya seperti hanya mimpi yang belum pasti berlaku.

Eksperimentasi yang berjaya dahulu harus dilihat sebagai wadah untuk menganjur dan mencuci minda bangsa semula untuk berlaku proses yang bernama taat setia dan menyanjung tinggi kepimpinan..dan sudah pasti pemimpin itu juga harus bersih seperti bersihnya kain putih.

Jadi bukalah mata wahai pemimpin yang mereka pun harus maklum yang mereka juga asal dari rakyat. Mereka harus segera menubuh pasukan penulis dipihaknya untuk menjayakan usaha dalam memberi kuasa yang maksimum.Biarpun mereka punya minda untuk perang saraf tetapi bila tiada penulis-penulis menyertainya maka ia ibarat perang saraf tipu-tipu dan memperbodohkan suatu usaha yang sia-sia.

Terima kasih.

S.J

Meja rakyat dalam pentas emosi

Assalamualaikum / Salam sejahtera.

Buat julung kalinya untuk tahun ini sebuah ebook yang bertajuk "Meja Rakyat dalam pentas emosi" yang diedarkan secara percuma kepada semua rakan dan teman.
Ebook ini muncul bilamana 'kegatalan' saya dalam memberi pandangan dalam perspektif orang muda mengenai isu politik antara pemimpin dan rakyat.

Ebook ini tidaklah terlalu tebal muka suratnya; hanya 34 muka surat namun dalam isinya itu saya cuba untuk masukkan seberapa padat pandangan dan kritikan saya dalam isu-isu berkaitan politik.Muka surat yang tidak terlalu tebal ini selari dengan keinginan orang muda yang tidak mahu yang tebal kadangkala tetapi mahukan yang padat tetapi ringkas apabila isu seperti politik itu diperbincangkan.

Ebook ini dijana selepas terasa satu keperluan apabila satu wadah dalam penulisan itu harus diperbanyakkan.Kesan dari penglibatan langsung saya dalam group parlimen pandan(DNS chempaka) makanya saya lebih teruja untuk menyiapkan ebook ini.

Ebook ini juga ditokok tambah melalui penulisan saya di group parlimen pandan(dns chempaka), ebook ini mungkin terlalu ringkas tetapi inilah satu percubaan dalam meneroka medium baru dalam mendedahkan sesuatu penerangan.Apatah lagi sebelum ini apabila terdapat khabar yang kurang gembira apabila penulis-penulis dikatakan menghasilkan karya yang membosankan.

Penghasilan ebook ini secara langsung menyahut cabaran individu tertentu, komposisi saya yang punya sedikit ilmu dalam penulisan sebagai anak didik DBP(MPR batch 2002) akan saya gunakan dengan sebaiknya.Saya tidak katakan ebook ini adalah satu karya yang terbaik,tetapi ini adalah satu permulaan bagi saya untuk belajar dan mengkaji dan seterusnya memperbaiki gaya penulisan saya.

Kepada yang berminat silalah berkunjung ke :

http://issuu.com/syamsuljohari/docs/meja_rakyat_dalam_pentas_emosi

Saya mengalu-alukan komen dan kritikan dalam lapangan saya ketika ini.

Hakikat & Tulah

Hakikat adalah suatu penerimaan yang terpaksa ditanggung dek kerana perbuatan manusia itu sendiri.Mengenangkan hakikat itu maka hakikat bahawa untuk pilihanraya akan datang sudah pastinya mana-mana parti yang bertanding harus menerima hakikat bahawa pengundi-pengundi muda akan memberi impak besar dalam memilih arus kepimpinan negara.

Pengundi muda tidak sama dengan pengundi yang lain.Kerana pengundi muda lebih cerewet tentang keberhasilan sesuatu janji yang diberi oleh pemimpin.Dan yang paling penting setiap apa yang dilaksanakan ianya harus dirasa oleh pengundi muda itu sendiri.

Yang terangnya ialah hari ini cabaran parti-parti sedia ada harus mendepani cara untuk mempengaruhi dan meyakinkan pengundi muda ataupun memberi tunjuk ajar bagaimana orang muda yang sudah layak mengundi itu mendaftarkan diri dan mengundi parti yang betul.

Pengundi muda hari ini walaupun tidak terlalu mengikuti arus politik kerana kesibukan hal yang lain tetapi isu-isu besar akan selalu mereka dampingi atau sekurang-kurangnya ambil tahu.

Memetik isu lama yang masih tidak luput pada fikiran adalah tentang isu Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Isu itu walaupun sudah beberapa bulan berlalu tetapi ia tetap menjadi bualan orang muda.Dan hasil dari diskusi bersama rakan-rakan jelas bahawa perkara itu sangat sangsi untuk diterima sebagai suatu kenyataan.Hal demikian dan tindakan yang diberikan adalah sangat tidak masuk akal apabila hanya diberikan amaran sedangkan sudah terpasti beliau menggunakan saluran yang tidak betul dalam meraih gelaran yang berjawatan itu.

Hal berikut samalah perkaitan dengan pandangan bekas calon KeADILan Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang pernah menentang Khairy di Rembau pada pilihan raya umum ke-12 berkata bahawa jika Khairy menang, benarlah hipotesisnya bahawa ada 'deal' yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno itu dengan orang penting yang akan menerajui Umno.

Kemenangan saudara kj ketika itu mengejutkan banyak pihak..dan sudah pasti pihak muda mudi pastilah sangat terkejut kerana sudahlah disabitkan kesalahan dan hanya diberi amaran sahaja kemudian menang pula jawatan tersebut.

Perihal rasuah dalam pemilihan Umno bukan suatu rahsia lagi, tetapi secara terang terangan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebut perkara ini secara lantang dan terbuka.

Ketika itu seingat saya, Saudara Norizan Sharif dalam forum Awani Astro yang membincangkan ucapan penangguhan Khairy ketika itu menyifatkan ucapan tersebut tidak berunsur menyatukan pemuda.

Dalam tahun-tahun yang akan datang sudah pasti isu ini akan timbul semula samada dari ahli UMNO sendiri dan parti lain yang menjadikan isu ini bonus pada mereka.Apatah lagi satu kemestian pada tahun-tahun akan datang pengundi baru akan bertambah; dan ianya jelas akan memberi suatu tamparan hebat dalam karier politik yang kini dilihat tiada lagi payung.

Orang muda jiwanya berbeza, yang salah atau dilihatnya tidak betul walaupun kecil tetapi seandainya memalukan bangsa,agama,dan negara, maka mereka akan ingat sampai bila-bila dan perkara itulah yang digeruni politikus dan ianya digelar Tulah dan Tulah itu bukan sahaja tertakluk pada undian pilihanraya tetapi tertakluk juga pada Tulah dari Pencipta.

Sekian,
S.J

Perkasa atau Terpaksa

Dalam usia wakil rakyat yang masih belum cukup pengalaman mentadbir dalam mewakili rakyat di kawasan Chempaka hari ini jenayah kian meningkat.Dan adalah sesuatu yang amat mustahil untuk orang yang berideologi berbeza dapat menguasai sekumpulan majoriti besar yang berideologi lain pula.

Dari apa yang saya lihat menerusi blog dun chempaka http://iskandar56100.blogspot.com/ ia hanya membawa isu popular atau peringkat atasan sahaja.Perihal permasalahan mengurangkan jenayah dan aktiviti tidak bermoral kurang dijalankan perlaksanaannya.Yang dilihat dikawasan ini mungkin dari segi pendekatan forum yang dianjurkan atau banner yang suka dipapar di tepi jalan.

Tidak lari dari itu perkara berkaitan PATI(pendatang tanpa izin) juga jarang atau tidak diambil perhatian.Lihat sahaja di kawasan Kampung Pandan ternyata banyak PATI yang bermaharajalela.Mereka bukan sahaja datang dengan tangan kosong tetapi boleh pula menjana aktivti ekonomi dikawasan persekitaran.

Perihal khutbah jumaat di masjid tertentu juga kadangkala dimanipulasi untuk menyogok dengan hujah-hujah untuk mempengaruhi penduduk ia ternyata hujah berunsur politik.Tetapi perkara ini tidak diambil berat oleh pemimpin yang menjadi wakil rakyat ini.Apakah kerana sudah menjadi pemimpin maka perkara remeh atau perkara kecil tidak diambil berat untuk ditangani dengan baik?

Walaupun pakatan rakyat menguasai Selangor lebih kurang setahun, tetapi banyak perkara yang boleh dikatakan bertimbun untuk diselesaikan.Ianya akan terus bertimbun apabila penyelesaian tidak dilakukan dengan segera.

Ada pihak membuat bandingan dengan mengatakan oleh kerana pakatan rakyat itu masih baru maka perubahan itu belum menampakkan hasilnya; tetapi bila waktunya ia akan berhasil?Sedangkan jenayah,aktiviti tidak bermoral itu terus meningkat?

Satu kerugian apabila wakil rakyat kurang dalam bersama rakyat atau mungkin cara ia bersama rakyat harus diperbetulkan atau di rombak supaya kesannya lebih praktikal.

Dengan gelombang program yang dianjur oleh Saudara Ahmad Maslan (Ketua Penerangan UMNO) untuk negeri Selangor(Andai program itu wadah penerangan yang benar caranya dan tidak seperti wadah menfitnah) maka ia memang akan memberi satu gelombang dan penangan yang kuat dan akan 'memfakirkan' wakil rakyat pakatan rakyat dalam agenda harian yang dilakukan.

Inilah yang antara faktor utama group ini dibina dalam menjana kapasiti keamanan dan kebajikan rakyat terbela dan diambil perhatian.

Saya sudahi dengan surah Ali-Imran ayat 26:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

ReVOLUSI Kempen

Kempen atau mengikut kamus dewan edisi keempat membawa maksud (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll).

Hari ini kempen itu sudah mengalami banyak cara perlakuannya.Bermula dari ucapan,berkunjung dari rumah ke rumah, memasang kain rentang,penggunaan media, memberi janji dan lain-lain.Semuanya bermain dengan penerangan dan bagaimana penerangan itu dapat diterjemah pada pihak yang menerima.

Hari ini juga pendekatan kempen kebanyakannya tidak sepenuhnya berjaya.Kempen yang popular di negara ini apabila muncul pilihanraya yang dipertandingkan,maka kempen luarbiasa dijalankan dengan sepenuh hati.

Pun begitu kempen yang dijana itu hari ini ada kekurangan dari segi idealis dan kreativiti.Kita melihat dari segi kempen parti politik dimana pihak pembangkang sebagai contoh menggunakan pendekatan politik melalui ucapan dan demonstrasi untuk mempengaruhi rakyat.Ternyata senjata itu berkesan dalam menterjemah penerangan yang diberikan.

Melihat kempen mengingatkan pula persamaan konsep dakwah yang mana kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan dan ternyata konsep itu mempunyai persamaan yang lebih kepada pihak parti pembangkang.

Kempen menurut saya ia mempunyai dua konsep iaitu kempen ciptaan dan kempen semulajadi.Kempen ciptaan ini seperti yang kita sedia maklum ialah seperti sesuatu program yang dilakukan dan dilaksanakan.Samada kempen ciptaan itu berjaya atau tidak ia tetap dikategorikan sebagai ciptaan.

Dengan kata lain kempen ciptaan ini ia bermusim dan pendekatannya 100% terletak kepada kreativiti seseorang.Pun begitu ia berbeza dengan kempen semulajadi kerana ia tidak bermusim malahan ia berlaku secara harian.

Saya berikan contoh tentang kempen semulajadi; dimana apabila seseorang pemimpin itu melaksanakan dasar-dasar sejak mula beliau menjadi pemimpin makanya secara automatik kempen semulajadi itu berjalan.Rakyat akan menilai,dan perubahan itu dapat dirasa atau sebaliknya.Kempen semulajadi ini kadangkala menjadi musuh pada pemimpin.

Kita lihat pada era kepimpinan terdahulu ada diantaranya terpaksa berundur kerana dasar yang dilakukan memberi impak kesedaran besar pada rakyat untuk bangkit bersuara dan ianya langsung berkait dengan kempen semulajadi itu.

Ternyata kempen semulajadi itu memberi suatu kerosakan yang besar apabila ia tidak diseimbangkan dengan kempen ciptaan yang di olah dengan kreativiti.

Hari ini kempen itu diteruskan tetapi ianya masih lemah dari segi penyampaian.Ianya masih terikut-ikut cara lama atau pendekatan lama sedangkan negara sudah mencapai tahap negara membangun.Lihat sahaja dikawasan pandan sebagai contoh kempen masih terkebelakang dalam memenuhi kemahuan rakyat.

Saya ingin memberikan prinsip kesantunan berbahasa yang boleh diguna pakai untuk asas kempen iaitu :

1. Qaulan ma’rufa ( QS An-Nisa ayat 5 dan 8, QS Al-Baqarah ayat 235, QS Al-Anfal ayat 32)

Erti ma’ruf adalah baik dan diterima oleh nilai-nilai yang berlaku pada masyarakat .Ucapan yang baik adalah ucapan yang diterima sebagai sesuatu yang baik dalam pandangan masyarakat. Menurut beberapa ahli tafsir seperti Hamka dan Al-Buruswi bahawa qaulan ma’rufa mengandung erti perkataan yang baik, iaitu perkataan yang sopan, halus, indah, benar, penuh penghargaan, dan menyenangkan, serta sesuai dalam penghidupan. Bahasa yang digunakan dapat mempengaruhi orang dan diucapkan dengan cara pengungkapan yang sesuai dengan norma serta diarahkan kepada orang yang tepat.

2. Qaulan baligha (QS An-Nisa ayat 63)

Qaulan Baligha diartikan sebagai pengucapan yang fasih atau tepat, jelas, terang, serta tepat dalam menyampaikan apa yang dikehendaki. Dan apabila dilihat dari segi sasaran yang dikupaskannya dapat diterjemah sebagai ucapan yang efektif.

3. Qaulan maysura (QS Al-Isra ayat 28)

Membawa maksud perkataan yang mudah. Ahli tafsir seperti At-Thabari dan Hamka menjelaskan bahawa qaulan maysura sebagai ucapan yang membuat orang lain merasa mudah, bernada lunak, indah, menyenangkan, halus, lemah lembut dan bagus, serta memberikan rasa optimis bagi orang yang disasarkan. Ertinya bahasa komunikatif yang dapat difahami dan berisi kata-kata yang mendorong orang lain untuk tetap mempunyai harapan. Ucapan yang lunak adalah ucapan yang menggunakan ungkapan dan diucapkan dengan pantas dan tepat. Sedangkan yang lemah lembut adalah ucapan yang baik dan halus sehingga tidak membuat orang lain kecewa tau tersinggung.

4. Qaulan layyina (QS Thaha ayat 20)

Bererti perkataan yang lemah lembut. Secara lebih jelas bahawa qaulan layyina adalah ucapan yang baik; dilakukan dengan lemah lembut sehingga dapat menyentuh hati masyarakat/individu. Ucapan yang yang lemah lembut dimulai dari dorongan dan suasana hati orang yang berbicara. Apabila berbicara dengan hati yang tulus dan memandang orang yang diajak bicara sebagai saudara yang dicintai, maka akan lahir ucapan yang bernada lemah lembut. Dengan konteks itu maka akan terjadi sebuah komunikasi yang akan tampak pada tercerapnya isi ucapan oleh orang yang diajak bicara sehingga akan terjadi tidak hanya sampainya informasi tetapi jua akan berubahnya pandangan, sikap dan perilaku orang yang diajak bicara.


5. Qaulan karima (QS Al-Isra ayat 23)

Bererti perkatan mulia. Perkataan yang mulia adalah perkataan yang memberi penghargaan dan penghormatan kepada orang yang diajak bicara.

Dari pengertian di atas, maka ciri bahasa santun adalah ucapan yang memiliki nilai:
1) kebenaran,
2) kejujuran,
3) keadilan,
4) kebaikan,
5) lurus,
6) halus,
7) sopan, pantas,
9) penghargaan,
10) khidmat,
11) optimis,
12) indah,
13) menyenangkan,
14) logik,
15) fasih,
16) terang,
17) tepat,
18) menyentuh hati,
19) selaras,
20) mengesankan,
21) tenang,
22) efektif,
23) lunak,
24) dermawan,
25) lemah lembut,
26) rendah hati.

Konsep asas itu seandainya dikaji dan dilaksanakan saya meyakini akan berlakunya perubahan besar dalam kempen yang akan dilakukan.

Bertitik tolak dengan itu, budaya kempen itu juga harus ditimba bukan sahaja didalam negeri tetapi ada baiknya dibuat sebuah kumpulan untuk mencari ilmu berkempen disetiap penjuru dunia dan ianya sekaligus memberi cara yang lebih efektif serta percambahan idea dan kreativiti dalam memaksimumkan masa dan cara berkempen yang lebih berkesan dan seterusnya mencapai kemenangan besar.

Secara langsung kos perbelanjaan berkempen itu dapat diminimumkan kerana orang yang berkempen sudah tahu apa yang ingin dikempenkan,apa yang perlu dan apa yang sebaliknya.

Saya sudahi dengan surah Al-asr yang bermaksud:

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) "

Dari meja rakyat,
S.J

Timbal Balik

26/07/2009
Satu program sebulan di semua 56 DUN, intipati Pintas rampas Selangor KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (Pintas) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui Pintas, semua jentera penerangan di setiap DUN diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.

“Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini. - Bernama

Pandangan saya:

Program itu bagus pun begitu program itu harus mencerminkan kematangan berpolitik.Apabila ulasan saudara Ahmad Maslan seperti berikut:-
“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.

Ia jelas walaupun hanya memberi contoh,tetapi pendekatannya amat keterlaluan.Kita walaupun tahu orang itu zalim,atau bercakap perihal kematian orang biarlah pihak yang sedang menjalankan siasatan itu melakukan tugasnya.

Apabila saudara Ahmad Maslan cuba melangkaui aspek itu ia sebenarnya akan memberi pandangan berbeza terutamanya pada muda-mudi kawasan negeri Selangor.

Saya memetik dari surah Al-Hujraat ayat 12 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Program Pintas yang diwujudkan bagus sebagai alternatif dalam membawa gelombang baru kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk rakyat tetapi apabila cetusan pemikiran politik itu seolah-olah secara langsung ingin menghentam ianya memang kurang matang.

UMNO sudah matang dalam pengalaman, tetapi apabila ahlinya bertindak kurang matang ianya sekaligus memberi ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil peluang itu untuk digunakan untuk menambah kekuatan.Saya suka menggunakan peribahasa "MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH... "

Janganlah bicara terlalu terburu-buru kerana kesannya akan menjangkiti parti.Dan seterusnya program itu bukanlah lagi menjadi wadah perjuangan berbentuk penerangan tetapi menjadi wadah memfitnah dan sekaligus keyakinan rakyat menurun.

Program Pintas haruslah berpaksikan kematangan dalam menggembleng idealisme dan semangat perpaduan sesama Melayu dan seterusnya sesama bangsa lain tetapi bukan semangat hentam sana sini yang akan membuat rakyat berfikir ianya satu tindakan yang terlalu terdesak dalam meraih simpati rakyat.

UMNO itu matang, Abang tertua kepada parti lain.Apabila Si Abang melalui teman-teman menunjukkan teladan yang baik ianya akan jadi lebih baik,tetapi apabila teman-teman terus terburu makanya nanti Si Abang akan dipandang rendah kerana sikap terburu teman-teman dalam memunggah,melaksana 'kenduri' dengan cara yang kurang menyenangkan.

Tika pemimpin lena

6 Julai 2009 1.30a.m-2.30a.m (Kawasan Parlimen Pandan, Dun Chempaka)

Terdapat dua isu yang ingin di ketengahkan:

1.Aktiviti tidak bermoral( Mak nyah,pondan) yang berlaku dikawasan ini.

2.Isu pengiklanan yang tidak mencerminkan budaya sebuah negara membangun.

Dalam isu yang pertama(aktiviti tidak bermoral) ingin saya lampirkan beberapa ayat dari kalamullah sebagai panduan iaitu:

"(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu(Surah Al-Qamar: 33 -36)"

Dan;

"Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu –lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.”(Surah Al-Ankabut: 28-29)

Ternyata jelas dari ayat diatas perkara tidak bermoral itu harus dibanteras dengan segera kerana seandainya diabaikan bala akan menimpa.Seringkali kita mendengar luahan seperti "jika kita tidak sokong aktiviti maka tiadalah aktiviti tidak bermoral dijalankan..." Pun begitu kata-kata sumbang itu belum tentu benarnya.Ini berikutan sesuatu budaya itu berubah atau berevolusi; dan seorang "pemandu" harus wujud dan ianya jelas terletak pada tanggungjawab seorang Pemimpin yang mewakili rakyat.

Dan apatah lagi jika pemimpin dikawasan itu beragama islam maka wajib menangani isu ini dengan segera sebelum ianya menjadi isu yang sukar ditangani.Ingin ditegaskan bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati.Pemimpin harus bertindak,rakyat sudah pasti menyokong jika ianya sesuatu yang baik.

Mengapa pemimpin atau wakil rakyat harus bertindak? Ini kerana pemimpin adalah seperti seorang Pengawal Rakyat yang yang jernih itu kita perkasakan yang keruh itu kita buang ketempat sepatutnya.Aktiviti tidak bermoral seperti pondan/mak nyah ini harus dibanteras dan mentarbiyahkan kepada jalan yang benar.

Lebih menyedihkan lagi kebanyakan pondan/maknyah itu adalah orang melayu dan beragama Islam.Inilah satu cabaran dan amanat kepada pemimpin Dun Chempaka bagi menangani isu ini.Persoalannya adakah pemimpin mahukah kawasan Pandan ini berjangkit seperti kawasan-kawasan hitam yang lain?Tepuk dada tanyalah hati...

Ianya berbalik pada amanat rakyat.Pemimpin harus seimbangkan perjalanan politiknya dan dalam masa yang sama prihatin tentang setiap permasalahan rakyat.Dan amatlah teruk sekiranya ia diambil sambil lewa.Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang menguasai hari siang dan malamnya untuk rakyat dan keharmonian rakyat.


Beralih kepada isu kedua; cara pengiklanan yang tidak mencerminkan budaya sebuah negara membangun.

Laluan saya kemudiannya beralih kepada tempelan,ikatan,atau iklan-iklan banner yang suka di siarkan oleh orang awam, bahkan parti politik pun sekali turut terlibat walaupun ianya sesuatu yang baik tetapi cara pengiklanan itu tidak melambangkan budaya sebuah negara yang membangun.

Laluan saya ke Masjid Al-Azim Pandan Indah juga tidak terlepas banyak banner di paparkan dibahagian pintu utama ke laluan masjid.Informasi yang diberikan tidak salah tetapi cara pengiklanan/tempat iklan disiar,pamerkan itu tidak menepati sebagai sebuah negara membangun.

Ditambah lagi iklan-iklan yang berunsur parti politik juga turut sama diletakkan.Jadi jelas boleh dilihat sejauh mana corak peletakan iklan itu dilakukan.Kita bukan berada disebuah universiti yang sememangnya terlalu bajet dalam membuat iklan apabila berlaku pilihanraya kampus atau berkaitan; kita berada dipentas rakyat yang sebenar maka corak tempat pengiklanan itu harus berubah.

Pemimpin harus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan MPAJ untuk mencari solusi tentang cara pengiklanan dan penyampaian pengiklanan sesuai dengan kematangan negara.Kawasan Pandan/dun chempaka bukanlah kawasan kampus universiti tetapi ianya adalah kawasan rakyat dan amatlah wajib pemimpin memberi tunjuk ajar serta teladan yang baik kepada rakyatnya.

Sekiranya pemimpin berjaya mencari solusi dalam cara dan etika yang baru dalam pengiklanan maka ianya menjadi satu titik kecemerlangan dikawasan ini.Maka pengiklanan itu nanti akan selari dengan negara yang membangun.Konsep siddiq,amanah,fatanah,integriti serta prinsip 'Qaulan Baligha' dan 'Qaulan Maisura' itu mungkin boleh menjadi asas kepada corak perubahan yang diimpikan.

Untuk rujukan:
*Pemimpinnya kawasan adalah:
Dato Sri Ong Tee Keat (Parlimen Pandan) Barisan Nasional (MCA)
YB Iskandar A.Samad (Dun Chempaka) Pakatan Rakyat (PAS)

Pengenalan Peta Fikiran Blog | Untuk Makluman Umum

Blog ini merupakan wadah idealisme dan perkongsian maklumat kepada umum. Dengan membentangkan ideologi Wilayah Berfikir, moga ia dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran dan juga pengetahuan kepada pembaca budiman.

Didalam blog ini ia dikuasakan dengan kalamullah suci sebagai Papan Tanda Utama & boleh dilihat diatas blog iaitu :

"...Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)." (3:173)

Pada blog ini juga mempunyai beberapa sub topik iaitu:

Utama

Sub ini akan memandu pembaca ke halaman Utama blog.

Sub ini akan membawa anda ke laman Blogger.com

Maksud:
Keterangan, maklumat; berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan.

Sub topik ini akan memberi informasi-informasi berkenaan penulis dan juga informasi berguna kepada pembaca.

Merupakan aliran/fahaman yg dijadikan dasar penulis atau yg menjadi pegangan penulis.

Secara langsung ia menyentuh cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.

Maksud:
Orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim yg terikat dgn norma dan etika agamanya.

Sub topik ini berkongsi maklumat mengenai keusahawanan.

Maksud:
Puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb).

Sub topik ini menyajikan sajak-sajak menerusi pengalaman penulis & isu-isu semasa.

Sub ini menggunakan perkongsian Youtube sebagai perkongsian kepada pembaca.

Rakaman yang dihidangkan samada berkaitan penulis ataupun informasi wajar atau muzik.

Sub ini akan memberikan ulasan-ulasan bersahaja penulis mengenai filem-filem yang telah ditonton sebagai panduan kepada pembaca.




Kemaskini 6 Oktober 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...