Tuesday, August 17, 2010

Kapasiti: Suatu langkah percaturan & masa depan ummah

السلام عليکم


Saya sering diingat-ingat oleh 'secalit orang yang selalu merasakan mereka betul (Mr Right)' bahawa jangan hanya bijaksana dalam mengeluarkan kata-kata bombastik mahupun kata-kata yang dapat mempengaruhi orang lain. Saya terima itu sebagai kritikan, tetapi tidak pula mengandaikan mereka itu berada dalam posisi landasan yang benar. Kerana memahami sesebuah keilmuan itu tidaklah dapat ditafsirkan dengan pengamalan semata-mata tetapi ia merujuk kepada skop Ketuhanan; dan pabila merujuk kepada ketuhanan makanya ilmu itu menjadi infiniti(tiada penghujung) seperti angka nombor.

Kapasiti atau keupayaan menampung (sesuatu) adalah suatu perlaksanaan, suatu langkah yang lebih baik bagi memperbaiki taraf hidup ummah. Kupasan yang ingin diketengahkan ialah bagaimana orang-orang Islam di Malaysia dapat menaikkan taraf hidup atau sekurang-kurangnya mendapat taraf keselesaan & keluar dari kepompong kemiskinan. Sepatutnya hal-hal kemiskinan telah dapat dikurangkan dengan jayanya seandai mengikuti prinsip-prinsip Islam. Pun begitu hal-hal seperti 'ketamakan' pihak yang diberi kuasa samada dalam jabatan-jabatan kerajaan mahupun dalam bidang kepimpinan seringkali menunda-nundakan, menjadikan taraf hidup umat Islam menjadi 'benih yang tidak subur menghijau'.

Mengakui terdapat langkah-langkah yang pernah dilakukan oleh kerajaan memberikan hasil yang baik tetapi pokoknya yakni kepompong kemiskinan itu semakin bertambah & tidak pula berkurang. Disini jelas ada sesuatu yang tidak kena dan perlu dikenakan perhatian bagi menghuraikan persoalan ini supaya jalannya kembali pada jalan yang bersesuaian.

Beberapa aspek yang penting akan saya huraikan nanti bagi memperjelaskan bagaimana jalannya.

(17 ogos 2010) Bersambung...

Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan. Fadhilat Solat Tarawih.


By Syamsul Johari Jalaludin on Monday, August 10, 2009 at 1:38am

Dalam Bulan Ramadhan terdapat solat Tarawih. Pernah suatu ketika sahabat-sahabat Rasulullah, bertanya mengenai fadhilah (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali ra. Rasulullah bersabda:

Pada Pada malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada Pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Pada Pada malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Pada Pada malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWTmengampunkan dosa engkau.

Pada Pada malam 4 - Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Pada Pada malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala sebagaimana orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Pada Pada malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah SWTmengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada Pada malam ini.

Pada Pada malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Pada malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah SWTIbrahim 'Alaihissalam.

Pada malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Pada malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Pada malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Pada malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Pada malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Pada malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Pada malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Pada malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Pada malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada Pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Pada malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah ridha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Pada malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Pada malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Pada malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Pada malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Pada malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Pada malam 24 - Allah SWT bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih Pada malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Pada malam 25 - Allah SWT angkatkan daripadanya siksa kubur.

Pada malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada Pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Pada malam 27 - Allah SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada Pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Pada malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Pada malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Pada malam 30 - Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

Sekian terima kasih.SaLam Ramadhan! Selamat datang bulan ramadhan!

Minda: ‘Kita gagal jika tak mencuba’


by Syamsul Johari Jalaludin on Saturday, November 21, 2009 at 11:28am
-Rujukan 21 Nov 2009:



GAMAT seketika apabila Loraine Hahn memberitahu aktor Bollywood, Amitabh Bahchan tidak dapat hadir berkongsi kisah hidupnya pada Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (Yes2009), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Isnin lalu.

Tapi, pengacara terkenal itu pantas meredakan lebih 2,000 remaja Asia Tenggara dan tetamu di Dewan Plenary apabila memberitahu aktres Rani Mukherjee akan tampil sebagai ganti. Pengganti yang sudah pastinya sukar ditolak untuk ditemui.

Tidak sampai seminit, dewan sekali lagi gamat apabila Loraine memberitahu penganjur Yes2009 ada bonus buat remaja Asia Tenggara iaitu lintas langsung dengan tokoh korporat tersohor Amerika Syarikat, Donald Trumph dari Trumph Tower.

Oleh itu, ketika masa melangkaui waktu sarapan pagi dan makan tengah hari, perjalanan hari pertama Yes2009 cukup lancar manakala berita Amitabh Bahchan tidak hadir terus tenggelam.

Remaja Asia Tenggara pantas menerima perubahan. Mereka lali sejurus pengasas bersama dan Pengarah Kreatif Twitter, Biz Stone yang bersahaja dengan memakai jeans membuka cerita bagaimana dia memulakan Twitter.

“Semua bermula dengan idea di kedai kopi bersama rakan,” kata Stone ketika dua layar putih besar di belakang pentas tempat dia berdiri mempamerkan lakaran awal Twitter yang kini sudah mencapai 54 juta pengguna.

Stone memberitahu bahawa dia terfikir bagaimana hendak sampaikan mesej dalam seminit atau dua yang kemudian akan memberikan kesan begitu hebat.

Idea Stone boleh diumpamakan membisik kepada teman di meja sebelah yang kemudian satu kelas dapat berita itu dalam sekelip mata.

Stone menceritakan Twitter kini bukan sekadar digunakan pemimpin dunia tetapi penjual kek dan bakeri yang ingin memberitahu biskut panas baru dikeluarkan dari ketuhar.

“Ia sudah berlaku dan semua yang menerima ‘tweet’ dan teringin sangat makan biskut panas terus ke kedai kek dan bakeri seperti dimaksudkan serta membelinya (biskut). Ia memberikan pulangan kepada penjual itu dengan pantas,” katanya.

Kebanyakan tokoh yang dijemput untuk berkongsi kejayaan sepanjang dua hari Yes2009 diadakan menyelitkan bahawa impian, idea, berani untuk berubah dan menerima perubahan asas kepada sesuatu kejayaan.

Pendapat itu tidak terkecuali buat bekas Naib Menteri Perdagangan China, Long Yongtu yang menceritakan simpanan negara itu yang satu ketika hanya AS$23 bilion (RM78 bilion) sudah meningkat kepada AS$3.2 trilion (RM10.8 trilion) sekarang.

“Ia bermula apabila kerajaan membawa 230 juta penduduk desa ke bandar. Ketika itu bermulalah empayar ekonomi China dan sehingga kini kami sudah membuat dua pasang kasut untuk seorang penduduk dunia,” katanya.

Yongtu menceritakan betapa kerajaan republik itu harus mewujudkan pelbagai kemudahan buat penduduk desa supaya mereka terus berada di pekan, bandar dan bandar raya bagi membantu menjana ekonomi.

“Idea, impian dan keberanian untuk mengubah dan menerima perubahan digalas penduduk China dengan tabah. Kami mengharunginya dengan bangga dan kini dihormati sebagai kuasa ekonomi dunia,” katanya.

Pada hari kedua Yes2009, personaliti paling mendapat sambutan adalah Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandez. Belumpun sempat Tony naik ke pentas, berbelas remaja beratur hendak bertanyakan soalan.

Dengan berkemeja putih dan jeans biru, Tony membuka tirai dengan menawarkan tiket ke London kepada remaja yang awal datang kepadanya di atas pentas dengan memakai apa-apa saja yang berwarna merah.

“Apa yang merah?” tanya Tony kepada seorang remaja lelaki yang tiba awal di atas pentas. Remaja itupun membuka jaket dan menunjukkan baju merah yang dipakainya. Ketika itu, seorang remaja perempuan berlari ke arah pentas untuk cuba merebut peluang itu tetapi terjatuh.

“You come too (anda juga),” kata Tony kepada remaja perempuan itu yang kemudian menunjukkan lenyard merah yang menggantung pas Yes2009 di lehernya. Akhirnya, kedua-dua mereka mendapat tiket ke London.

Gamat sungguh dewan ketika itu dengan tepukan dan ketawa remaja serta tetamu kerana Tony menawarkan tiket itu tanpa diduga.

Apabila memulakan bicara mengenai kejayaannya dan AirAsia mendaki puncak untuk muncul syarikat penerbangan nombor lima terbaik dunia kini, Tony terus menuding kepada impian.

“Impian perlu ada. Ia membuatkan kita berusaha. Jangan menganggap usaha itu gagal selagi kita tidak mencuba. Kita sebenarnya gagal apabila tidak mencuba. Itulah yang akan membuatkan kita menyesal,” katanya.

Tony menjelaskan lapan tahun lalu dia tidak pernah termimpi untuk menguruskan syarikat penerbangan kerana ketika itu berada dalam industri muzik iaitu bersama Warner Music Group.

“Apabila saya berada di lapangan terbang Amerika Syarikat untuk pulang ke Malaysia selepas menghadiri mesyuarat di Warner Music, saya melihat ramai penumpang menggunakan penerbangan.

“Saya terfikir, bagaimana hendak memulakan syarikat penerbangan. Ketika itu, saya dan Datuk Kamaruddin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia), hanya ada AS$250,000 (RM847,000).

“Kami buat congak dan agak buntu. Mana ada jalan nak buat syarikat penerbangan dengan wang sebanyak itu. Selepas itu, Kamaruddin cadangkan kami bertemu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Pahamin Rejab kerana dia banyak bantu kami memerangi CD cetak rompak.

“AirAsia kemudian melantiknya sebagai Pengerusi AirAsia. Pahamin kemudian bawa kami jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Berpeluh saya masa itu hendak jumpa Dr Mahathir,” katanya.

Tapi, semua lelah Tony, Kamaruddin dan Datuk Aziz Bakar yang juga Pengerusi AirAsia sekarang, untuk menggapai impian berbalas apabila Dr Mahathir memberi sokongan dan mereka memulakan syarikat penerbangan dengan dua pesawat bersama 250 kakitangan.


Cukup menarik apabila mengamati usaha mereka berkongsi kejayaan, impian, idea dan usaha bersama remaja Asia Tenggara, termasuklah kegigihan untuk terus hidup Nando Parrado selepas pesawat dinaikinya terhempas di pergunungan Andes, pada 13 Oktober 1972.

“Kesimpulannya, saya banyak mempelajari daripada pengalaman itu untuk terus tabah dan tidak mudah mengalah dalam menempuh apa jua cabaran,” katanya menutup bicara yang kemudian disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.

Penganjuran Yes2009 yang pertama kali diadakan di Malaysia bertujuan memberi ruang bersuara kepada remaja seluruh Asia Tenggara seperti dari Vietnam, Singapura, Laos, Thailand, Indonesia, Brunei dan Malaysia berteraskan ‘Yes’ To Change.

Ia adalah pentas bagi personaliti dan tokoh terkenal dunia melemparkan kata-kata perangsang, idea dan impian menerusi pengalaman hidup masing-masing sambil berinteraksi dengan remaja Asia Tenggara.

Selain Stone, Tony, Yongtu dan Nando Parrado, antara tokoh lain berkongsi kisah hidup mereka adalah Sir Bob Geldof - pengasas Live Aid and Live 8, Garry Kasparov - juara catur dunia paling muda tetapi bersara pada 2005, Dr Mamphela Aletta Ramphele - ahli akademik, usahawan Afrika Selatan, Randi Zuckerberg - Facebook dan David Magliano - Pengarah Komersil dan Pemasaran bagi Piala Dunia England 2018.

Putaran Kisah Kuasa Peribumi


By Syamsul Johari Jalaludin on Saturday, March 13, 2010 at 4:05am


Tatkala yang berkebetulan atau melatih akan dikarunia mata yang dikenal mata hati; sebagai ganjaran.Ramai yang menilai kehidupan boleh dipelajari dengan pengalaman, tidak kurang juga jalan pintasnya dengan membaca pengalaman orang yang dibuku-bukukan untuk tatapan; dengan harapan jalan pengalaman boleh dijadikan panduan.Panduan tidak akan timbul andai tiadanya pengalaman terdahulu.Itu antara sedikit rahsia pengalaman dibongkar untuk umum.

Hari itu di tahun-tahun yang lalu lipatannya banyak mengkoreksi(membetulkan) tentang bangsa, namun apa yang dilihat belum menyeluruh ibarat 'mengintai orang didalam satu babak'.Namun tolak ansurnya bangsa itu redha juga dengan tulisan 'orang luar' yang akhirnya menjadi penjajah & menjamah harta tanah & adat bangsa.Dahulunya mungkin tonggak sesuatu bangsa adalah bijaksana namun hari ini bijaksana belum memungkinkan kehebatan bangsa, kerana ilmu menjadi tonggak utama.

Terkial-kialnya bangsa pabila timbul banyak 'yang kuasa dan mahukan kuasa'.Penyelesai akhir-akhirnya disudahkan dengan nyawa dan diteruskan hingga kini untuk blok kuasa yang lebih berkuasa.Dari sebesar-besar & sekecil-kecilnya bangsa itu diajar dengan 'ajaran tunduk' asalkan ada 'bayarannya'.Jadinya timbul pula isu siapa pengkhianat siapa? Sudah pasti diakhirnya merujuk pada mereka-mereka yang merangkul kuasa,boneka kuasa, menuju kuasa & sedang berkuasa.

Majmuk adalah keajaiban walau pada permulaan adalah satu eksperimentasi ibarat 'terjun dari gunung yang tinggi & jatuh menyembah bumi'.Nah sekali lagi tolak ansur itu dijaja sedang yang diatas samada kuasa luar atau dalam bergembira bercampur takut.Pentingnya gadaian tolak ansur itu ditukar dengan mewujudkan hak teristimewanya & tidak boleh sesekali dicabar dikemudian hari.Lantas lahirlah sebuah negara yang dalamnya berbilang & pelik unik.

Tatkala itu juga ramai yang bersungguh, bangsa mahu kehadapan; meraih segala keilmuan, meningkat martabat bangsa.Namun corak tujunya makin bertukar pabila ketamakan itu menguasai.Maka yang bersungguh makin ramai, yang tamak terus menular seperti wabak.Akhirnya kemajuan bangsa tolak ansur itu umpama 'Kontraktor Utama & Sub Kontraktor'.Ianya 'beralih secara kecil kuman & beransur-ansur membesar'; dimana mereka juga berhasrat ingin menikmati keistimewaan itu.Dan sudahlah pasti nantinya akan mencipta keistimewaan sendiri.

Kesilapan kerana ketamakan individu bangsa tidak kira didalam 'kelasnya' terdahulu sudah amat nyata sekali & dirasai generasi kini melalui getir globalisasi & liberalisasi & 'budayalisasi'.Dan kini secara terang bangsa tolak ansur ini jadi kecil walau hakikatnya besar kerana berlaku perpecahan, sedang yang lain semakin hari semakin meminta-minta.Dipihak bangsa tolak ansur pula seringkali mempertahankan dan jarang meminta-minta; walhal bangsa tolak ansur inilah yang sepatutnya menambah baik keperluan & kehendaknya.

Manipulasinya jelas apabila bangsa tolak ansur ini sering-sering ditempelak dengan 'lelongan perkauman' dan ditambah pula dengan kelompok baru dalam bangsa tolak ansur ini yang bernama golongan liberal seolah berat kepada prinsip yang berlainan; tetapi diyakini mereka ini umpama 'lompat si katak'.Pun begitu sedar atau tidak disuatu hari nanti, bangsa tolak ansur itu akan benar-benar 'menolak ansur' dan tiadalah toleransi tergesa.Hukumnya berpada sebelum beralih takdir.

Yang Benar,
SJJ






Tuesday, August 10, 2010

روبوت ايموسي چيڤتأن ساءينتيس بريتاين | Robot Emosi Ciptaan Saintis Britain




لوندون: ساءينتيس بريتاين برجاي منچيڤتا روبوت يڠ ممڤو منونجوقکن ايموسي سڤرتي مأنسي.
روبوت يڠ دکنلي سباݢاي نااو دحاصيلکن مڠيکوت موديل کلاکوان کانق-کانق. نااو اکن مرنداهکن باهوڽ جک اي براس سديه دان اکن مڠڠکت تاڠن اڤابيلا ݢمبيرا.


کومڤولن ساءينتيس يڠ منچيڤتا نااو د اونيۏرسيتي هيرتفوردشيري برکات، نااو جوݢ ممڤو منجالينکن هوبوڠن ارت دڠن مأنسي. “کامي برجاي مڠحاصيلکن روبوت برداسرکن فاسا ڤرتام دالم هيدوڤ مأنسي،“ کات لول چانمرو، سأورڠ ساءينتيس کومڤوتر. “کامي مڠحاصيلکن عشارت بوکن ليسن دان ايموسي نااو اکن دتونجوقکن منروسي کادأن فيزيکل دان ڤرݢرقن توبوهڽ بوکن ايکسڤريسي وجه اتاو سچارا ليسن،“ کات لول لاݢي. نااو ممڤو منونجوقکن تيڠکه-لاکو سڤرتي کانق-کانق بروسيا ستاهون. اي جوݢ داڤت ممستيکن کأقربن سساورڠ ايت دڠنڽ ملالوءي کاميرا ۏيدياو. نااو توروت دلڠکڤي الت ڤڠيمبس باݢي مڠتاهوي سجاوه مان سساورڠ ايت مسرا دڠنڽ.

ساءينتيس برکات، ڤد ماس هادڤن روبوت بوليه منجادي تمن کڤد مأنسي دان جوݢ منجاݢ ڤساکيت سرتا اورڠ توا

سومبر دري اخبار اولاهن:
شمس جوهري /Syamsul Johari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...