Friday, December 4, 2009

Nota: Industri Kreatif/Ekonomi kreatif.

TEKNOLOGI robotik sinonim dengan negara maju seperti Jepun, Korea Selatan atau Jerman yang mengalami pertumbuhan pesat dalam industri robotik.Sebahagian besar proses dalam industri utama di negara terbabit dikendalikan robot.

Di Malaysia (negara membangun) biarpun sudah lama bertapak di negara ini(sekitar tahun 1970an bagi membantu kilang-kilang pembuatan), industri robot masih ketinggalan. Aktiviti dunia robotik negara lebih banyak tertumpu pada pameran, pertandingan antara sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) atau projek penyelidikan di universiti.

Perpindahan teknologi robot di negara ini perlahan memandangkan berbagai faktor semasa.Dengan perhatian terhadap industri kreatif melalui ekonomi kreatif ia mampu merancakkan industri robotik.Kerana ia selari dengan Wawasan 2020 yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Apa yang menarik tentang industri robotik ini ialah ianya berevolusi.Dan konsepnya ialah membantu manusia dalam setiap pekerjaan.Pada tahun 2016 industri robotik dijangka menjadi industri terpenting dengan jangkaan keuntungan sebanyak $USD 315juta/ $RM 1.05 billion.

Dari segi sejarah pula, istilah robot mula muncul pada 1921 yang disebut oleh penulis dari Czech, Karel Capek sebagai 'ROBOTA' atau pekerja.Dan sebelumnya pada 322 sebelum Masihi, ahli falsafah Greek, Aristotle ada menulis mengenai mesin atau peralatan yang diarahkan melakukan sesuatu manakala seorang saintis, Nikola Tesla pada 1898 membina dan membuat demonstrasi bot robot kawalan jauh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...