Tuesday, August 17, 2010

Kapasiti: Suatu langkah percaturan & masa depan ummah

السلام عليکم


Saya sering diingat-ingat oleh 'secalit orang yang selalu merasakan mereka betul (Mr Right)' bahawa jangan hanya bijaksana dalam mengeluarkan kata-kata bombastik mahupun kata-kata yang dapat mempengaruhi orang lain. Saya terima itu sebagai kritikan, tetapi tidak pula mengandaikan mereka itu berada dalam posisi landasan yang benar. Kerana memahami sesebuah keilmuan itu tidaklah dapat ditafsirkan dengan pengamalan semata-mata tetapi ia merujuk kepada skop Ketuhanan; dan pabila merujuk kepada ketuhanan makanya ilmu itu menjadi infiniti(tiada penghujung) seperti angka nombor.

Kapasiti atau keupayaan menampung (sesuatu) adalah suatu perlaksanaan, suatu langkah yang lebih baik bagi memperbaiki taraf hidup ummah. Kupasan yang ingin diketengahkan ialah bagaimana orang-orang Islam di Malaysia dapat menaikkan taraf hidup atau sekurang-kurangnya mendapat taraf keselesaan & keluar dari kepompong kemiskinan. Sepatutnya hal-hal kemiskinan telah dapat dikurangkan dengan jayanya seandai mengikuti prinsip-prinsip Islam. Pun begitu hal-hal seperti 'ketamakan' pihak yang diberi kuasa samada dalam jabatan-jabatan kerajaan mahupun dalam bidang kepimpinan seringkali menunda-nundakan, menjadikan taraf hidup umat Islam menjadi 'benih yang tidak subur menghijau'.

Mengakui terdapat langkah-langkah yang pernah dilakukan oleh kerajaan memberikan hasil yang baik tetapi pokoknya yakni kepompong kemiskinan itu semakin bertambah & tidak pula berkurang. Disini jelas ada sesuatu yang tidak kena dan perlu dikenakan perhatian bagi menghuraikan persoalan ini supaya jalannya kembali pada jalan yang bersesuaian.

Beberapa aspek yang penting akan saya huraikan nanti bagi memperjelaskan bagaimana jalannya.

(17 ogos 2010) Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...