Friday, August 13, 2010

Putaran Kisah Kuasa Peribumi


By Syamsul Johari Jalaludin on Saturday, March 13, 2010 at 4:05am


Tatkala yang berkebetulan atau melatih akan dikarunia mata yang dikenal mata hati; sebagai ganjaran.Ramai yang menilai kehidupan boleh dipelajari dengan pengalaman, tidak kurang juga jalan pintasnya dengan membaca pengalaman orang yang dibuku-bukukan untuk tatapan; dengan harapan jalan pengalaman boleh dijadikan panduan.Panduan tidak akan timbul andai tiadanya pengalaman terdahulu.Itu antara sedikit rahsia pengalaman dibongkar untuk umum.

Hari itu di tahun-tahun yang lalu lipatannya banyak mengkoreksi(membetulkan) tentang bangsa, namun apa yang dilihat belum menyeluruh ibarat 'mengintai orang didalam satu babak'.Namun tolak ansurnya bangsa itu redha juga dengan tulisan 'orang luar' yang akhirnya menjadi penjajah & menjamah harta tanah & adat bangsa.Dahulunya mungkin tonggak sesuatu bangsa adalah bijaksana namun hari ini bijaksana belum memungkinkan kehebatan bangsa, kerana ilmu menjadi tonggak utama.

Terkial-kialnya bangsa pabila timbul banyak 'yang kuasa dan mahukan kuasa'.Penyelesai akhir-akhirnya disudahkan dengan nyawa dan diteruskan hingga kini untuk blok kuasa yang lebih berkuasa.Dari sebesar-besar & sekecil-kecilnya bangsa itu diajar dengan 'ajaran tunduk' asalkan ada 'bayarannya'.Jadinya timbul pula isu siapa pengkhianat siapa? Sudah pasti diakhirnya merujuk pada mereka-mereka yang merangkul kuasa,boneka kuasa, menuju kuasa & sedang berkuasa.

Majmuk adalah keajaiban walau pada permulaan adalah satu eksperimentasi ibarat 'terjun dari gunung yang tinggi & jatuh menyembah bumi'.Nah sekali lagi tolak ansur itu dijaja sedang yang diatas samada kuasa luar atau dalam bergembira bercampur takut.Pentingnya gadaian tolak ansur itu ditukar dengan mewujudkan hak teristimewanya & tidak boleh sesekali dicabar dikemudian hari.Lantas lahirlah sebuah negara yang dalamnya berbilang & pelik unik.

Tatkala itu juga ramai yang bersungguh, bangsa mahu kehadapan; meraih segala keilmuan, meningkat martabat bangsa.Namun corak tujunya makin bertukar pabila ketamakan itu menguasai.Maka yang bersungguh makin ramai, yang tamak terus menular seperti wabak.Akhirnya kemajuan bangsa tolak ansur itu umpama 'Kontraktor Utama & Sub Kontraktor'.Ianya 'beralih secara kecil kuman & beransur-ansur membesar'; dimana mereka juga berhasrat ingin menikmati keistimewaan itu.Dan sudahlah pasti nantinya akan mencipta keistimewaan sendiri.

Kesilapan kerana ketamakan individu bangsa tidak kira didalam 'kelasnya' terdahulu sudah amat nyata sekali & dirasai generasi kini melalui getir globalisasi & liberalisasi & 'budayalisasi'.Dan kini secara terang bangsa tolak ansur ini jadi kecil walau hakikatnya besar kerana berlaku perpecahan, sedang yang lain semakin hari semakin meminta-minta.Dipihak bangsa tolak ansur pula seringkali mempertahankan dan jarang meminta-minta; walhal bangsa tolak ansur inilah yang sepatutnya menambah baik keperluan & kehendaknya.

Manipulasinya jelas apabila bangsa tolak ansur ini sering-sering ditempelak dengan 'lelongan perkauman' dan ditambah pula dengan kelompok baru dalam bangsa tolak ansur ini yang bernama golongan liberal seolah berat kepada prinsip yang berlainan; tetapi diyakini mereka ini umpama 'lompat si katak'.Pun begitu sedar atau tidak disuatu hari nanti, bangsa tolak ansur itu akan benar-benar 'menolak ansur' dan tiadalah toleransi tergesa.Hukumnya berpada sebelum beralih takdir.

Yang Benar,
SJJ






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...