Wednesday, November 10, 2010

Malaysia juara kejohanan robot dunia


Malaysia juara kejohanan robot dunia

PUTRAJAYA 9 Nov. - Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan 250 pasukan dalam Kejohanan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina bermula 5 hingga 7 November lalu.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh 13 pasukan itu berjaya membawa pulang dua pingat emas, tiga pingat perak, dua anugerah cemerlang dan satu anugerah khas (kreativiti) pada kejohanan yang dianjurkan sejak 2005 itu.

Kejayaan itu diraikan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan sijil dan trofil kepada anggota kontinjen Malaysia itu.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia bertanding dalam dua kategori iaitu Regular dan Terbuka.

Kedua-dua kategori itu pula terbahagi kepada tiga acara iaitu acara sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut pada 2012 manakala tahun depan, Abu Dhabi akan mengelolakannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...