Thursday, October 14, 2010

1Malaysia: Hanya praktikal di restoran mamak

1Malaysia: Hanya praktikal di restoran mamak



1Malaysia masih belum jelas dihuraikan atau dijelaskan kepada umum. Rata-rata rakyat membuat tafsiran berbeza mengenainya. Ada yang berpandangan ianya adalah satu konsep seolah-olah menyamakan taraf semua rakyat dengan keistimewaan yang sama. Dengan kata lain 1Malaysia dibangunkan bagi menutup kelemahan pentadbiran sebelumnya yang jelas telah menghuru-harakan keharmonian rakyat majmuk dinegara ini.

1Malaysia diwujudkan dikala keadaan masyarakat yang berbilang bangsa ini masing-masing cuba untuk menjadikan gagasan ini sebagai landasan kepada mereka untuk 'menambah permintaan' bagi kepentingan kaum masing-masing. Permintaan-permintaan yang diutarakan secara langsung menyentuh sensiviti kaum Melayu khasnya dalam tentang keistimewaan orang Melayu.

1Malaysia secara asasnya adalah kaedah berbelanja bagi kerajaan untuk rakyat. Tetapi yang menghairankan atau mungkin saya terlepas pandang ialah saya belum nampak apa-apa peruntukkan khas atau penambahbaikan kepada bangsa Melayu sebagai mentaati/mendokong perlembagaan dalam artikel 153. Yang menjadi tanda tanya dalam soal isu pendidikan sebagai contoh; orang Melayu masih belum mempunyai sekolah mereka sendiri berbanding kaum tertentu yang mempunyai sekolah jenis mereka sendiri.

Soal isu sekolah melayu mungkin dianggap remeh, tetapi seandainya konsep sekolah jenis/kaum terus diamalkan di Malaysia saya beranggapan penyatuan bangsa itu tidak dapat dilakukan melalui generasi muda(walhal penyatuan bangsa sepatutnya dipupuk sejak dari awal). Orang Melayu lebih bergantung kepada pendidikan permulaan melalui sekolah kebangsaan(ianya tidak boleh dianggap sebagai sekolah melayu) tetapi masih tiada sekolah melayu walaupun kita sudah merdeka. Andai dikatakan tentang Sekolah Agama pula sebagai merujuk kepada sekolah Melayu; jawapannya mudah sekolah agama adalah agama, dan bukan bangsa.Mereka yang beragama Islam layak untuk masuk kesekolah agama tidak mengira bangsa.

Saya percaya bahawa setiap kumpulan bangsa, tidak boleh tidak harus mempunyai wilayah (merujuk permintaan/kehendak dalam menghuni), tetapi bagi agama tidak, kerana ia memasuki setiap saluran bangsa. Adakah logik kumpulan bangsa tanpa wilayah? Tidak ada! Apatah lagi andai bangsa itu telah termeterai akan hak istimewanya.

Persoalannya sekarang apakah Orang-orang Melayu hari ini akan hanya mewujudkan Sekolah Melayu hanya apabila kerajaan bertukar suatu hari nanti?

Disini saya boleh katakan saya menyokong sekolah melayu ditubuhkan sekiranya sekolah jenis masih diamalkan di Malaysia.Tetapi saya lebih bersetuju sekiranya Satu Sekolah Untuk Semua Tanpa Mengira Kaum dilaksanakan secara menyeluruh. Bukankah kita ada kuasa untuk melakukan perubahan ini? Apakah kita hanya menunggu pabila tiada kuasa, maka baru bertindak seperti orang berkuasa?

Alternatif lain

Cabaran besar 1Malaysia adalah dalam isu pendidikan (yang dianggap permulaan pemupuk penyatuan perpaduan bangsa) adalah bagaimana untuk mewujudkan hanya Sekolah Kebangsaan kepada rakyat Malaysia. Oleh yang yang demikian sewajarnya Sekolah Jenis haruslah dibubarkan sebagai mentaati semangat 1Malaysia dan keharmonian negara. Saya percaya melalui itu maka kita dapat membangunkan satu konsep Bangsa satu jiwa pada masa akan datang.

Objektif ini nanti akan membina satu unit bangsa Malaysia. Dan bangsa yang hidup di dalam satu unit ini akan menjadi bangsa yang kuat & hebat dan bukan dibuat-buat, inilah yang boleh dihidupkan menerusi keutuhan & Kefahaman 1Malaysia.

Pada hari ini konsep kefahaman/keutuhan bangsa itu hanya jelas ditonjolkan secara semulajadi apabila anda pergi makan atau minum dimana-mana restoran mamak. Anda akan lihat disitulah berbagai kaum boleh berkumpul...

Saya berpandangan, 1Malaysia ini sebenarnya dipelopori oleh Restoran-restoran Mamak...Dan ia kekal praktikal disitu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...