Monday, October 11, 2010

Enthiran : Kisah Robot yang rosak apabila punya perasaan...

Enthiran


Ahad, sekitar jam 8.00 (10/10/2010) terdetik dihati untuk pergi menonton wayang tamil bersama adik. Filem yang diterajui oleh Super Star dari India, Rajinikanth dan dibantu oleh Aishwarya Rai dalam Enthiran (The Robot). Sambutan filem ini amat luar biasa memandangkan tempat duduk dipanggung penuh khasnya dari keturunan india. Tayangan bermula jam 9.15 pm dan sekaligus tidak berpeluang mengikuti siaran eksklusif perkahwinan Angkasawan negara.

Disini diberikan ulasan untuk filem ini:

Rajni memainkan dua watak dalam filem ini, iaitu sebagai pencipta robot(Dr. Vaseegaran) dan juga robot (Chitti). Vaseegaran telah memulakan projek robotic Humanoid Android yang telah memakan masa selama hampir 10 tahun. Bermula dengan menstabilkan langkah robotic sehingga kepada memasukkan data-data dan seterusnya kepada kulit plastik yang menyerupai Dr Vaseegaran.

Pun begitu ciptaan Dr Vasi(Vaseegaran) dicemburui oleh Gurunya yang juga mencipta robot tetapi menemui jalan buntu. Guru beliau telah sedaya upaya untuk menjatuhkan Dr Vasi dengan tidak mempersetujui ciptaannya untuk dikomersialkan melalui kelulusan panel.Guru kepada Dr Vasi meletakkan syarat jika mahu diluluskan robotik tersebut; Dr Vasi harus mencipta 'perasaan' kepada robot tersebut.

Setelah itu Dr Vasi telah cuba sedaya upaya mencipta perasaan kepada robotnya itu dan berjaya. Perasaan yang ada pada Chitti telah memudaratkan Dr Vasi apabila robotnya itu telah jatuh cinta kepada kekasih(Sanaa) penciptanya sendiri. Dr Vasi telah hilang sabar dengan ciptaannya dan telah memusnahkan robot itu.

Bahagian robot yang dimusnahkan itu telah dibuang di tempat pembuangan sampah. Kesempatan itu telah diambil oleh Guru Dr Vasi untuk mendapatkan robot itu dan mencuri maklumat-maklumat penting dari robot itu. Setelah itu robot (chitti) telah dibaikpulih dan dimasukkan Cip tambahan yang menyebabkan Chitti bertindak lebih agresif.

Chitti telah pergi ke majlis perkahwinan Dr Vasi dan Sanaa dan menghalang perkahwinan mereka.Seterusnya Chitti telah menculik Sanaa dan mula mencipta tenteranya sendiri. Pun begitu hasrat Chitti untuk merekrut tentera robotiknya sendiri dihalang oleh guru kepada Dr Vasi, tetapi akhirnya guru kepada Dr Vasi telah dibunuh.

Keadaan pada masa itu telah menjadi huru-hara dan pihak berkuasa telah cuba menghalangnya tetapi masih gagal. Dr Vasi telah mendapat satu idea dengan memisahkan Chitti dari tentera robotiknya dengan tarikan magnet dan seterusnya mengeluarkan Cip merah dari badannya. Kemudian Dr Vasi telah disabitkan kesalahan kerana ciptaanya telah menyebabkan banyak kemusnahan.

Chitti telah tampil dan beliau sendiri telah memberikan fakta-fakta yang tepat dan menyebabkan Dr Vasi terlepas dari hukuman. Chitti akhirnya menamatkan riwayatnya dengan memisahkan anggota badannya.


* Grafik dalam cerita ini sangat mengecewakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...