Sunday, October 17, 2010

Pendedahan Rahsia Besar PRU 13.


Akhirnya saya sudah berada di Kuala Lumpur...

Petang tadi saya menerima beberapa perkhabaran-perkhabaran berkaitan isu-isu semasa, lantas seterusnya saya menerima ilham untuk mengetengahkan tajuk diatas sebagai ulasan dari kesimpulan dari perkhabaran-perkhabaran yang saya terima.

PRU 13 akan datang adalah sesuatu yang 'mencabar & tercabar' sehingga memaksa kerajaan atau individu dalam kerajaan mewujudkan satu lagi jalan yang dikenali sebagai model politik baru. Pun begitu ianya masih diperingkat permulaan dan masing-masing kurang faham akan apa model yang akan diketengahkan nanti.

Disini saya berikan beberapa point dari pandangan saya mengenai pendedahan rahsia besar PRU 13:-

1. Pilihanraya umum akan datang ianya tidak boleh dikatakan perlawanan antara parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat semata-mata. Tetapi ianya adalah perlawanan antara orang Muda dan Orang lama/tua ( Yang berpaksi pada parti masing-masing).

- Orang muda hari ini terlalu mudah untuk mendapatkan apa-apa informasi khasnya dalam isu politik & perniagaan, dengan pendedahan dari media massa, kita dapati ramai rata-rata dari orang lama/tua mengamalkan salah laku samada yang nampak atau sebaliknya.

- Sudah pasti rata-rata orang muda yang bijak berfikir (tidak perlu ijazah atau pendidikan tertinggi; asalkan punya akal maka layak untuk berfikir) akan memberi peluang kepada calon-calon muda bagi mewarnai politik yang baru. Seterusnya pada masa-masa akan datang peluang-peluang perniagaan akan lebih kreatif. Dan secara langsung dasar-dasar kronisme itu akan diibaratkan seperti 'reborn'. Reborn/kelahiran semula dari Born/lahir adalah suatu kesan yang bersifat sementara tetapi hasilnya akan menguntungkan pihak tertentu. Dengan menghasilkan konsep 'reborn' ia pasti akan memberi peluang kepada pihak orang muda selepas ini untuk projek-projek atau keselesaan-keselesaan yang lebih besar.


2. Sudah pasti pihak-pihak atasan dari parti-parti yang sudah mengkaji hal ini perlu bersedia untuk merombak secara besar-besaran dengan meletakkan calon-calon muda sebagai tonggak bagi mewakili parti-parti masing-masing. Terdapat beberapa parti di Malaysia sedang berusaha ke arah itu, andai barisan muda ini ditampilkan pada PRU akan datang, saya fikir ianya sudah pasti memberi impak yang sangat besar dalam sejarah politik tanah air.

- Kenapa calon muda? Kerana ia sudah pasti lebih bersih dari calon tua. Calon tua lebih berpengalaman dan terbukti kemampuannya? Ya, tetapi sampai bila harus mengutamakan calon tua? Apakah tiada langsung kaliber dari pihak orang muda. Hak Kepimpinan adalah hak semua dan ianya bukan hak istimiewa milik peribadi. Bagi menjayakan proses ini; calon tua perlu memainkan peranan baru; sebagai penasihat kepada Calon Muda yang akan bertanding pada PRU. Fakta yang tepat adalah orang muda adalah antara pengundi terbesar dalam PRU.


3. Saya memuji tindakan Tun Dr Mahathir menerusi tindakannya suatu ketika dahulu dimana memberi laluan kepada orang lain bagi menerajui negara. Sebenarnya itulah satu contoh kepimpinan yang terhebat yang perlu dijadikan teras falsafah seseorang pemimpin. Kita walaupun dianggap hebat, tetapi jika sudah terlalu lama kita harus juga mengundurkan diri bagi memberi laluan pada orang muda.

- Tindakan Tun adalah suatu pengajaran supaya sesebuah kerajaan perlu 'reborn' menerusi cara kepimpinan baru. Dengan sekatan-sekatan yang dikenakan pada mahasiswa menerusi Auku sebagai contoh, ia memberikan satu lagi kesan yang mendalam pada mahasiswa yang mampu menilai akan erti demokrasi yang sebenar yang juga sudah mula layak sebagai pengundi.

-Oleh yang demikian mana-mana parti yang mengkhususkan untuk memberi 'ruang' kepada orang muda merupakan selangkah kejayaan untuk kemenangan besar pada PRU akan datang.Ini bukan suatu omongan, kerana orang muda hari ini sangat mudah mendapatkan informasi mengenai bakal-bakal pemimpin yang akan dipilih nanti. 'Ruang' yang dimaksudkan bukanlah dengan kemudahan atau intensif yang diberikan tetapi ia merangkumi semua aspek; sebagai contoh, memberi yuran percuma untuk belajar di peringkat tertinggi di IPTA tempatan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...