Monday, October 11, 2010

Ajaran Melayu yang diajar oleh mereka yang berkuasa.


Ajaran Melayu yang diajar oleh mereka yang berkuasa.


Ajaran Melayu merujuk kepada tingkah laku yang diajar kepada kelompok besar Melayu. Dan ianya lama-kelamaan menjadi ikutan akibat pengaruh ajaran itu. Ajaran Melayu yang memberi kesan positif adalah sangat disyukuri tetapi kesan yang negatif pula adalah sesuatu yang harus diubah dengan segera melalui cucian minda.

Saya menulis isu ini berdasarkan pengamatan, pengalaman, dengan apa yang saya lihat, bincang.

Berikut adalah ajaran-ajaran kepada orang Melayu:

1. Melayu diajar untuk mengikut dan taat membuta tuli.
2. Melayu diajar supaya boleh dibeli( khasnya mereka yang berada disektor kerajaan mahupun swasta)
3. Melayu diajar untuk dengki sesama sendiri.
4. Melayu diajar untuk bergaduh sesama sendiri.
5. Melayu diajar untuk bekerja dengan orang.
6. Melayu diajar untuk toleransi sehingga menggadaikan hak istimewanya sendiri.
7. Melayu diajar untuk tidak merebut hak yang diberikan.
8. Melayu diajar untuk menjual haknya kepada bangsa lain.
9. Melayu diajar hanya kuasa politik dapat meneruskan kelangsungan kuasa Melayu.
10. Melayu jarang diajar kuasa perniagaan untuk meneruskan kelangsungan kuasa Melayu.
11. Melayu diajar perniagaan hanya berjaya bila berkongsi dengan bangsa lain.
12. Melayu diajar untuk tidak bersatu.
13. Melayu diajar sifat kenegerian yang kadangkala sangat melampau.
14. Melayu diajar berdiam & budaya ditakut-takutkan.
15. Melayu diajar sifat tamak yang tidak bertempat.


* Saya berkesempatan berbual dengan seseorang perihal isu semasa. Kata-katanya sangat menarik hati saya.

Beliau berkata:

Orang Cina (yang berniaga) sendiri tidak mahu undi parti D*P untuk PRU akan datang, kerana katanya jika kerajaan bertukar maka mereka belum tentu mendapat projek-projek kerajaan dari kerajaan itu nanti. Ini memandangkan kemungkinan ia lebih telus berbanding kerajaan hari ini.

- Disini menunjukkan terlalu jelas bahawa terdapat orang Melayu yang bekerja dibawah kerajaan boleh dibeli...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...