Sunday, October 3, 2010

Memperkayakan Bangsa | Dengan mewujudkan satu persekitaran baru

'Persekitaran Ciptaan' sebagai alternatif




Jika kamu lahir dalam keluarga yang berkecimpung perniagaan; kebarangkalian besar kamu akan dipengaruhi untuk berada dalam dunia perniagaan juga. Sekiranya kamu lahir dalam keluarga yang suka memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara, maka kamu akan dipengaruhi untuk berada dalam dunia itu juga. Ini dipanggil persekitaran semulajadi, yang rata-ratanya mempengaruhi individu menjadi seseorang di muka bumi ini dan perkara ini jarang diambil berat oleh kepimpinan; kerana mereka menjangkakan kebajikan sudah mampu memberi perubahan.

Apakah persekitaran semulajadi itu dapat dimanipulasikan? Atau dengan kata lain mana-mana kepimpinan dapat mewujudkan satu persekitaran bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki tanpa perlu bergantung kepada persekitaran semulajadi? Jawapannya Ya, sesebuah kepimpinan mampu/ ada keupayaan untuk mencorakkan sesebuah persekitaran baru tanpa bergantung kepada persekitaran semulajadi.Ini membawa maksud sesebuah kepimpinan negara boleh mencipta persekitaran yang dapat mempengaruhi rakyatnya sebaik sahaja dilahirkan.

Pada zaman ini persekitaran semulajadi terlalu berisiko untuk ditempuhi oleh generasi muda (sebagai contoh) kerana cabarannya sangat besar, berbanding dengan satu persekitaran baru yang boleh dibentuk oleh kepimpinan bagi mendapatkan satu bangsa yang benar-benar hebat samada dari segi aspek fizikal mahupun rohaniah.

Keadaan politik dan sensitiviti perkauman pada hari ini sangat-sangat memerlukan satu persekitaran baru diwujudkan sebelum 'persekitaran semulajadi yang semakin tercemar' ini merosakkan keutuhan keharmonian negara dengan lebih teruk pada masa-masa akan datang.Kita boleh lihat negara-negara seperti Jepun dan China dimana kepimpinannya telah berupaya mewujudkan satu persekitaran baru sebagai tranperansi kepada persekitaran semulajadi.Hasilnya boleh dikatakan berjaya memajukan apa yang dicitakan.

Jurang antara orang kaya dan miskin sebenarnya dapat dikecilkan sekiranya kerajaan/kepimpinan mampu mewujudkan satu persekitaran baru.

* Tajuk diatas hanya dikupas secara ringkas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...