Monday, October 4, 2010

Legend Of The Fist: The Return Chen Zhen | Sebuah Perjuangan 'Student Power'


Ulasan saya berkenaan filem ini:

Saya dapati filem ini berupaya memberi satu semangat untuk mencapai sesuatu misi, khasnya pada mahasiswa-mahasiswa. Filem ini jelas menunjukkan kekuatan mahasiswa dalam memperjuangkan semangat kenegaraan dan mempertahankan tanahair tercinta dari penjajahan.

Berada dalam taklukan Jepun dan Inggeris membuatkan rakyat cina ketika itu tertekan, dan berada dalam kemiskinan dengan hasil bumi mereka dirampas. Manakala mereka yang kaya akan terus kaya.Kesan-kesan penindasan dan pembunuhan, telah memunculkan hero dikalangan mereka iaitu Chen Zhen untuk melakukan satu tindakan berani.

Unsur-unsur rasuah dan sabotaj jelas di pertontonkan serta ketidakadilan yang dilakukan. Peranan media(yang didominasi oleh kalangan lepasan mahasiswa) telah menyemarakkan semangat penyatuan dikalangan orang-orang cina untuk menghalau penjajahan ditanah air mereka.

Strategi yang diguna pakai ialah menggunakan media, pembunuhan,sabotaj,kerja berpasukan,pengorbanan dan diakhiri dengan pertarungan antara Chen Zhen dengan Jeneral jepun. Aksi yang disajikan jelas tidak mengecewakan penonton.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...