Sunday, October 3, 2010

Antara 1Malaysia & Malaysia Boleh!





Sudah agak lama tajuk ini menjadi bayangan saya untuk dizahirkan sebagai kupasan.

Kesempatan ini saya dapat memberikan pandangan saya secara perbandingan terhadap 2 slogan yang di 'kuasakan' oleh Pemimpin Utama Negara dan Bekas Pempimpin Utama Negara. Slogan yang kita sedia maklum adalah 1Malaysia (Dato Seri Mohd Najib) dan Malaysia Boleh! (Tun Dr Mahathir). Slogan yang mempunyai kelebihan dan kelangsungan pada jiwa rakyat.

Kita sedia maklum pabila bicara mengenai 1Malaysia, rata-rata suka mengilhamkan tersendiri maksud yang ingin disampaikan sehingga membawa isu hak samarata antara kaum.Dan tidak keterlaluan boleh juga dikatakan isu slogan 1Malaysia ini diambil kesempatan oleh invidivu mahupun NGO tertentu bagi meraih, dan mencipta 'hak istimewa yang baru'. 1Malaysia digazetkan sebagai 'Menjana Transformasi' namun ianya masih belum cukup jelas penyampaiannya.

Transformasi apa yang ingin diwujudkan? Kerana transformasi sejak Zaman Pak lah juga belum berupaya kearah transformasi yang boleh dibanggakan. 1Malaysia juga dilihat satu kaedah menyatukan bangsa kepada 1 slogan(menggunakan kaedah mempengaruhi).Samada ianya sudah mula berkesan atau sebaliknya isu-isu seperti jenayah, sosial, pelaburan masing-masing berada dalam tahap membimbangkan. 1Malaysia boleh dianggap satu gula-gula penawar yang bersifat sementara dan tidak menyeluruh walaupun dasarnya dikatakan menyeluruh.

1Malaysia merupakan satu perbelanjaan yang sangat besar bagi menjayakannya dan apabila ini berlaku ia mungkin membuatkan sesuatu pelaburan atau perkara hanya berkaitan dengan 1Malaysia sahaja untuk tempoh yang amat panjang. Saya gambarkan 1Malaysia adalah satu gagasan yang berbelanja secara besar-besaran oleh kerajaan. Yang merisaukan adalah bersediakah persekitaran dalam membangun bersama-sama 1Malaysia?



Berbeza dengan Malaysia Boleh! semangat ini kena pada semua bidang yang membawa kejayaan dan mengharumkan nama negara. Slogan Malaysia Boleh! tidak sia-sia kerana slogan itu telah menzahirkan banyak kemajuan tanpa mengira kaum. Beza yang ketara antara Malaysia Boleh! dan 1Malaysia adalah dari segi pangkal pertama; iaitu Malaysia Boleh! (Menggunakan pangkal Malaysia, secara langsung memperlihatkan kepada negara/untuk semua) manakala 1Malaysia pula pangkal pertamanya adalah Satu dimana ianya membelakangkan negara dan meletakkan satu yang sekaligus merujuk kepada individu.Mungkin disebabkan itu ada pihak-pihak tertentu cuba mengusik perkara 153 dan cuba memainkan sensitiviti kaum secara terbuka mahupun tertutup bagi kepentingan peribadi kaum tertentu.

Lebih menggembirakan slogan Malaysia Boleh! sehingga ke hari ini terus popular walaupun slogan itu tidak lagi menjadi slogan utama kerajaan memandangkan ianya telah digantikan dengan 1malaysia. Saya secara sengaja tidak menaikkan slogan Hadhari memandangkan konsep yang dianjurkan ternyata gagal.



(Akan dikemaskini / disambung nanti)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...