Saturday, October 16, 2010

Khowas

Sekarang baru sampai di Perak. Sedang dalam perjalanan tadi tiba tiba tayar kereta pancit terkena besi seperti paku. Wahh satu cabaran besar untuk aku menukar tayar. Ibarat seperti sedang bermandi tatkala menukar tayar belakang belah kanan.Habis tenaga mengerah kudrat untuk memulas stand sehinggalah membuka nat tayar. Pun begitu diucapkan terima kasih kepada seorang hamba Allah(yang ketika itu sedang memandu juga) telah memaklumkan akan tayar yang pancit.

Mujurlah tidak ada apa-apa masalah yang berat berlaku semasa tayar pancit. Seperti biasa juga tanganku dicuci dengan warna hitam sebagai lambang kudrat ku dikerah sungguh-sungguh. Memang mencabar serta memenatkan apatah lagi ketika itu waktu sekitar 1.00 a.m. Sampai sahaja ke destinasi barulah terlintas difikiranku tentang apa yang telah aku perkatakan sebelum memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur petang tadi.

Apa yang aku perkatakan adalah kiasan tentang apa yang berlaku tadi! Sungguh mengejutkan bukan? Apa yang aku katakan seperti sudah diberi petunjuk. Apa yang aku perkatakan? Berikut adalah apa yang diperkatakan:

*Semasa bersembang dengan seorang rakan.

"Petang nanti dalam perjalanan akan berlaku sesuatu, cuba lihat dikiri cermin dan di kanan tayar" sambil aku katakan kepada rakan(antara aku dan dia)

Dan kebetulan apa yang aku katakan benar-benar berlaku. Wahhh ini seperti boleh melihat masa depan!

Setelah itu aku berfikir lagi. Terlintas difikiran tentang guruku. Apa yang menarik tentang guru ku ialah sebelum akaun Facebook ku lumpuh; beliau telah menasihatkan aku supaya memperbetulkan diriku. Ya, memperbetulkan diriku. Setelah itu pada 30 September 2010 jam sekitar 10.00 p.m telah ditakdirkan akaun FB ku lumpuh dan tidak dapat dibuka sehingga sekarang walau telah dihantar beberapa laporan kepada pihak Facebook bagi mendapatkan/mengaktifkan akaun itu semula.

Ada ura-ura atau perkhabaran dari rakan-rakan terdekat bahawa saya kemungkinan dicemburui/di dengki oleh individu atau pihak tertentu diatas pencapaian saya dan juga kelantangan saya dalam beberapa isu negara & Melayu. Jadi mereka kurang senang dengan pendekatan yang saya lakukan. Pun begitu saya tidak gentar seandainya ia benar-benar berlaku. Terdetik di fikiran, kisah Adiputra yang suatu ketika dahulu memberikan idea kepada Sultan supaya diletakkan batang pisang sebagai benteng dari tusukan ikan todak.Akhirnya Si Adiputra dihukum bunuh dek kerana perasaan dengki oleh pembesar-pembesar.


Salam Berani Berubah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...